Mydin Jual Baju Melayu Serendah RM 5 Sehelai, Netizen Luah Rasa Syukur
Baru-baru ini menerusi video dimuat naik di TikTok (@abdulazimbinabdulilah), individu tersebut yang berada di pusat membeli-belah Mydin meluahkan rasa terkejut selepas melihat harga sehelai baju Melayu yang ditawarkan di sana.
Harga promosi yang ditawarkan oleh Mydin adalah serendah RM5 sahaja untuk sehelai Baju Melayu dewasa yang sesuai dipakai semasa hari raya. Difahamkan juga seluar tidak dijual sekali bersama pakaian tersebut.
“Siapa sangka, masih ada pihak yang menjual baju raya yang cukup murah dan ‘mesra-poket’ untuk menyambut Aidilfitri.
“Alhamdulilllah terima kasih Mydin. Rasa macam nak menangis. Awak, modal RM5 dah boleh raya tahun ni,” kata pengguna TikTok itu.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bersyukur serta mengucapkan terima kasih kepada pihak Mydin kerana menawarkan harga promosi yang sangat murah kepada pelanggan mereka.
Segelintir warganet turut berpendapat pihak Mydin memahami ekonomi rakyat Malaysia dengan menawarkan harga murah, bukan sahaja untuk barangan harian malah kelengkapan raya.
Selain, ada juga menganggap tindakan Mydin yang mahu meringankan beban pada mereka yang kurang berkemampuan juga dikira sebagai satu ibadah.
“Mydin faham rakyat Malaysia,” tulis seorang warganet.
“Walau murah atau tak berkualiti sekali pun, tapi buat mereka yang tak berkemampuan, dah dapat pun kira bersyukur,” komen juga seorang netizen.
Hasil pemerhatian Remaja, lokasi Mydin berkenaan adalah di Mydin Mall Meru Raya, Ulu Kinta, Perak.
Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 500,000 jumlah tontonan setakat ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Abdul Azim
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source