Rezeki tak disangka, Datuk Red syukur terima ‘job’ model baju Melayu
Usahawan, Datuk Red syukur apabila terima ‘job’ model baju Melayu daripada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Datuk Red di laman TikToknya, dia tidak pernah menyangka diberi peluang daripada jenama tersebut selain meluahkan rasa bangga dengan kejayaan perniagaan anak Melayu.
Terima ‘job’ model baju Melayu
@dato..red Bismillah, terima kasih Datuk Feruz @JAKEL MALL HQ kerana beri peluang dan beri job yang tidak di sangka sangka Semoga Jakel menjadi jenama melayu muslim yang kaya berjaya. Tadi sampai sampai ada lebih dari 600 orang staff dan semuanya orang kita. Bangga ada orang melayu macam ni, sangat hebat Jangan lupa ya support baju melayu Jakel dan terima kasih kepada @ANAS® kerana kenalkan dengan Datuk Feruz dan bagi pinjam selipar masa shoot juga terima kasih @thelikeyuti kerana siapkan saya. Terima kasih saudara Aidid Marcello juga, Semoga Allah balas jasa kalian terhadap saya #KongsiBersama #IngatRayaIngatJakel #JakelBarulahRaya
Artikel lain: Abang Tesla nak tolong Datuk Red, sedia bantu dari ‘A sampai Z’
“Bismillah, terima kasih Datuk Feruz kerana beri peluang dan beri job yang tidak disangka-sangka
“Semoga Jakel menjadi jenama melayu muslim yang kaya berjaya. Tadi sampai sampai ada lebih dari 600 orang staff dan semanya orang kita. Bangga ada orang melayu macam ni, sangat hebat,” ujarnya.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 1.8 juta tontonan dan mendapat lebih 140,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.
Terima ‘job’ model baju Melayu
Dalam pada itu, dia berterima kasih kepada beberapa pihak yang terlibat dan menyeru kepada orang ramai supaya menyokong perniagaan syarikat tersebut.
“Jangan lupa ya support baju Melayu Jakel dan terima kasih kepada Anas kerana kenalkan dengan Datuk Feruz dan bagi pinjam selipar masa shoot juga terima kasih @thelikeyuti kerana siapkan saya.
“Terima kasih saudara Aidid Marcello juga, Semoga Allah balas jasa kalian terhadap saya,” katanya lagi.
Terima ‘job’ model baju Melayu
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mengakui dia sudah muflis sejak 2019 dan tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk mencari pendapatan.
Malah, dia sanggup mengetepikan rasa malu dengan menggunakan platform TikTok untuk mencari pekerjaan demi keluarga dan anak-anaknya.
Sumber: TikTok @Abg Red
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source