Sajat tak kisah rumah kena lelong, dah bahagia hidup di Australia
Usahawan kontroversi, Nur Sajat tak kisah rumah kena lelong di Malaysia kerana sudah tinggal di Australia serta gembira menjalani kehidupan di bumi kanggaru itu.
Dah duduk Australia
Memetik laporan dari Harian Metro merujuk siaran langsung yang dibuat di platform TikTok, Sajat mengesahkan bahawa memang rumahnya yang akan dilelong seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
“Betul, rumah saya memang dilelong.”
“Saya sudah duduk sini (Australia) bukan di sana (Malaysia), jadi lelonglah. Memang betullah tu nak kena lelong,” ujarnya.
Sajat tak kisah rumah kena lelong, tak sedih pun
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 39, menyatakan dirinya langsung tidak sedih dengan hal itu kerana tidak akan balik ke Malaysia lagi.
Dia juga memberitahu semua harta termasuk kenderaan sudah tidak ada lagi di negara ini selepas berhijrah ke Australia sekitar tahun 2021.
“Sedih? Buat apa nak sedih. Kita (saya) duduk luar negara, gembira di sini,”
“Bukan setakat rumah kena lelong, kereta pun dah tiada. Apa pun sudah tak ada. Jadi, nak suruh saya balik buat apa? Memang tidak dah lah,” getus Sajat.
Artikel lain: Nilai banglo Sajat menjunam lagi, bank lelong separuh dari harga asal
Sajat tak kisah rumah kena lelong sebab memang tak boleh balik Malaysia lagi
Tambahnya, dia tidak terfikir untuk balik ke Malaysia kerana memang sudah tidak dibenarkan lagi. Ujarnya, dia sudah hidup gembira di Australia dan mengatakan tidak seronok tinggal di Malaysia lebih-lebih lagi dengan kondisi status dirinya.
“Saya sudah tinggal di sini, buat apa nak fikir lagi duduk di Malaysia. Bukan boleh balik pun. Dulu ada, disuruh pergi saja. Sudah keluar Malaysia nak suruh balik pula, kenapa?
“Biarlah saya hidup dengan gembira di sini. Walaupun kita jauh di mata, tapi dekat di hati. Anda saja duduk di Malaysia, seronok hidup di Malaysia tu. Orang macam saya ini, tak seronok duduk Malaysia. Macam anda, lelaki, perempuan seronoklah. Duduk saja,” katanya.
Terdahulu, seorang ejen hartanah telah memuat naik satu status di Facebook dengan menyatakan bahawa rumah usahawan terbabit akan dilelong separuh harga dari yang ditawarkan sebelum ini iaitu RM9 juta.
Difahamkan, lelongan tersebut akan dibuat pada Mei nanti dengan harga permulaan ialah RM4.68 juta sahaja.
Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source