“Nyanyi sedap, ngaji sedap” -Alif Satar dipuji ‘real influencer’
Selebriti versatil, Alif Satar dipuji apabila melantunkan bacaan ayat suci al-Quran dengan cukup baik apabila dihulur mic oleh pempengaruh, Qawiyaro dalam segmen ‘tebuk ngaji’.
Sambung Surah Al-Kahf
Menerusi video yang dikongsi di Instagram Qawiyaro, Alif dilihat bersahaja menyambut ayat dari Surah Al-Kahf yang dibacanya dan terdengar sempurna.
Alif Satar dipuji bacaan bagus, sempat kongsi tentang keadaan dunia lagi
Di kesempatan tersebut, Aliff Satar sempat menceritakan tentang keadaan dunia melibatkan agama Islam serta #gengsubuhmacamjumaat yang dipopularkan olehnya.
Setelah itu, dia dan Qawiyaro turut membaca Surah Al-Nasr yang mengambarkan keadaan sekarang dimana orang ramai semakin tertarik dengan program-program seperti #gengsubuhmacamjumaat sehingga menjadi ikutan bukan di dalam Malaysia sahaja.
Artikel lain: Lebih 3,000 sertai Alif Satar solat di masjid -“Terus istiqomah pejuang subuh”
Alif Satar dipuji, nyanyi sedap, mengaji pun sedap
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji usaha kedua-dua individu terbabit kerana menjadikan al-Quran sebagai sesuatu yang sangat dekat kepada semua.
Mereka juga merasakan Alif Satar ‘real influencer’ kerana menjadi contoh yang baik dalam kalangan peminat khususnya anak-anak muda baik dari segi kerjaya seni bahkan dalam kehidupan seharian.
Salute anak-anak muda macam ni
Kita popularkan orang yang betul
Ni memang surah kegemaran Alif
Sumber: Instagram qawiyaro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source