Orban: Jurutera Meriam Yang Jayakan Penaklukan Uthmaniyah Ke Atas Kota Konstantinopel
Cerita pasal penaklukan tentera Uthmaniyah ke atas kota Konstantinopel pada tahun 1453, mesti korang teringat meriam gergasi yang mampu hancurkan kubu kota yang begitu ampuh dan tidak hancur bertahun-tahun, kan?
Sebenarnya ada kisahnya bagaimana empayar Turki Uthmaniyah memiliki meriam sebegitu semata-mata menakluk kota yang teramat kuat itu. Kisahnya bermula dari seorang jurutera meriam berbangsa Hungary yang genius bernama Orban.
Orban ialah jurutera meriam yang berasal dari kerajaan Wallachia (Romania). Beliau banyak menciptakan meriam yang diperbuat dari gangsa, sehingga banyak kerajaan Eropah Timur menggunakan meriam ini pada era 1440-an.
Berkat dari kepakaran meriam, Orban menjelajah ke kota Konstantinopel untuk menawarkan khidmatnya. Masa tu maharaja terakhir bernama Constantine XI Palaiologos yang memerintah kerajaan Byzantine yang semakin melemah.
Ketika Orban berada di kota itu, beliau terpesona dengan binaan kubu kota yang dikatakan amat ampuh dari serangan-serangan musuh. Beliau percaya dengan pemasangan meriam, kubu kota Konstantinopel boleh menjadi kubu terkuat sepanjang zaman!
Maharaja Constantine XI menerima kedatangan Orban dan menyukai cadangan Orban itu. Baginda sempat melihat meriam Orban yang dipasang di dinding kubu Hexamilion yang terletak di kota Corinth, yang mana meriamnya mampu pecahkan batu dengan jarak yang begitu jauh.
Tapi, maharaja Byzantine tu menolak tawaran Orban kerana kekurangan bajet untuk membeli dan memasang meriam. Yelah, era maharaja ni memerintah berada dalam fasa yang perit kerana banyak jajahannya ditakluk oleh kerajaan luar. Maka, ekonomi kerajaan waktu tu hanya cukup menampung rakyat kota.
Orban pun tanpa buang masa keluar dari kota Konstantinopel dan mencari pelanggan baru. Akhirnya beliau berjaya bertemu dengan sultan empayar Turki Uthmaniyah bernama Mehmed II, yang kita biasa kenal dengan nama ‘Al-Fatih’.
Sultan Al-Fatih yang mengetahui kepakaran Orban dalam kejuruteraan meriam menyambut mesra akan kedatangan Orban dan memberikan bermacam-macam hadiah untuk senangkan hati Orban sebagai seorang tetamu.
Sultan pun bertanya kepada Orban kalau beliau mampu mencipta sebuah meriam yang mampu hancurkan kubu kota Konstantinopel. Orban dengan yakin bagitau bahawa bukan setakat kubu kota Konstantinopel boleh dihancurkan, meriamnya juga mampu pecahkan kubu kota kuno Babylon!
Di sinilah Sultan Al-Fateh memberikan dana kepada Orban untuk melaksanakan projek pembinaan meriam gergasi selamat tiga bulan. Setelah siap dibina, meriam itu ditarik oleh 60 ekor lembu jantan, dibawa ke depan kota Konstantinopel.
Orban juga banyak membina meriam-meriam kecil untuk kegunaan tentera Uthmaniyah semasa kempen menakluk Konstantinopel. Dan, selebihnya adalah sejarah.
Tapi, usia Orban tak panjang sebab beliau meninggal dunia semasa mengendalikan sebuah meriam yang tiba-tiba meletup, ketika bersama tentera Uthmaniyah menyerang Konstantinopel.
Inilah kisah bagaimana empayar Turki Uthmaniyah mampu memiliki meriam gergasi. Dunia Islam harus berterima kasih kepada jasa Orban yang memberikan ilmu kejuruteraan meriam yang amat berguna!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source