Pekerja 12 tahun berkhidmat, majikan hadiahkan rumah, kereta & bonus raya
Seorang majikan hadiahkan rumah, kereta dan bonus 2 bulan untuk hari raya kepada pekerjanya yang sudah 12 tahun berkhidmat sebagai tanda menghargai baktinya.
Hadiah kepada pekerja
Perkara tersebut dikongsikan majikan dikenali sebagai Sunny Seow di akaun Facebook dengan memuat naik gambar sewaktu memberi cek kepada pekerjanya yang berbangsa Melayu.
Difahamkan, dia turut memberi cuti raya selama seminggu kepada dua orang pekerjanya itu.
“Mereka baru berusia 16 tahun ketika sertai pasukan saya. Saya juga telah berikan mereka sebuah rumah dan sebuah kereta. Kini, salah seorang daripada mereka mempunyai keluarga dengan dua anak. Saya mengubah hidup mereka, membantu mereka keluar dari kemiskinan.
Saya berterima kasih kepada mereka atas kesetiaan mereka selama 12 tahun ini. Mereka mungkin tidak memperoleh banyak, tetapi mereka masih membuatnya berfungsi. Semoga berjaya kepada mereka,” tulisnya.
Majikan hadiahkan rumah, kereta sepanjang 12 tahun kerja
Berdasarkan posting tersebut, Sunny Seow juga menyatakan yang pekerjanya itu hanya memperoleh gaji sebanyak RM900 kira-kira 12 tahun dahulu, namun kini gaji yang diberikan sudah mencecah RM5,000.
Jelasnya, sepanjang tempoh tersebut sebuah rumah dan kereta telah diberikan sebagai tanda menghargai jasa mereka kepada syarikatnya.
Artikel lain: “Setiap bulan dapat bonus”- Majikan kecewa bibik lari rumah, tinggal pasport
Perkongsian tersebut telah menuai pelbagai komen positif dengan memuji tindakan majikan yang baik hati memberi hadiah yang cukup bernilai kepada para pekerjanya.
Mereka juga merasakan keprihatian majikan seperti ini sudah semakin jarang dan tindakan tersebut pastinya sangat dihargai para pekerja.
Sumber: Facebook Sunny Seow
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source