Raya Esok, Tak Boleh Salam Siapa?
Tradisi pagi raya mestilah bersalam-salaman dan meminta maaf. Tapi, korang jangan bantai bersalaman dengan semua orang pulak, sebab ada yang tak boleh salam. Siapa tu?
Secara umumnya, orang yang bukan mahram.
Mahram tu apa? Mahram adalah orang yang korang tak boleh kahwin. Kalau bukan mahram, maka sebaliknya, iaitu korang boleh kahwini.
Bahasa mudahnya, korang ingat balik siapa yang pada asalnya korang boleh kahwin? Maka secara langsung korang haram bersalaman dengannya. Terutamanya, sepupu sepapat dan ipar duai. Kalau sama jantina, tak payah banyak tanya pulak.
Pakcik dan makcik boleh ke?
Kalau adik beradik kandung dengan ibu atau bapa, maka boleh bersalaman.
Kalau dia adalah orang yang berlainan jantina dan berkahwin dengan keluarga korang, maka tak boleh bersalaman. Lelaki tak boleh salam dengan bini pakcik sendiri. Perempuan tak boleh salam dengan suami pakcik sendiri.
Kadang-kadang, orang ambil ringan pasal ipar duai.
Padahal ada hadis menyebut: “Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita”, lalu seorang lelaki Ansar berkata : “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat engkau tentang ipar?” Baginda bersabda, “Ipar adalah maut”. (Riwayat al-Bukhari)
Ada pula yang korang boleh salam kerana ikatan perkahwinan.
Bagi seorang lelaki, dia boleh bersalaman dengan ibu mertua, anak tiri (anak isteri), ibu tiri (isteri bapa) dan menantu (isteri anak). Bagi seorang perempuan, dia boleh bersalaman dengan bapa mertua, anak tiri (anak suami), bapa tiri (suami ibu) dan menantu (suami anak).
Nak lagi mudah, meh kita buat list.
Kalau lelaki, korang tak boleh salam dengan, isteri kepada adik beradik bapa, isteri kepada adik beradik ibu, adik beradik perempuan bapa mertua, adik beradik perempuan ibu mertua, anak perempuan adik beradik isteri, kakak Ipar, adik Ipar perempuan, sepupu perempuan, sepupu bapa (perempuan) dan sepupu ibu (perempuan).
Kalau perempuan, korang tak boleh salam dengan suami kepada adik beradik bapa, suami kepada adik beradik ibu, adik beradik lelaki bapa mertua, adik beradik lelaki ibu mertua, anak lelaki adik beradik suami, abang Ipar, adik Ipar lelaki, sepupu lelaki, sepupu bapa (lelaki) dan sepupu ibu (lelaki).
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source