Ada Gunung Pelangi Di China?
Mungkin korang teragak-agak untuk hadam tajuk ni. Mungkin juga ada antara korang yang tak percaya, kan? Yelah, gunung pelangi ni wujud dalam mimpi kanak-kanak je.
Dan bukan juga sebab ada perkumpulan golongan ‘abjad’ di sana. Kalau betul gunung pelangi ni wujud, mesti orang sana cat gunung-ganang tu untuk menarik pelancong!
Sebenarnya, memang wujud gunung pelangi ini dan sememangnya bukan kerja manusia. Gunung-ganang ini terletak di Zhangye Danxia Geological Park National, negeri Gansu.
Gunung-ganang seluas 300 kilometer persegi ini yang terdiri lembah yang tandus, tiada sebarang hidupan seperti haiwan dan tumbuhan. Tetapi gunung-ganang ini dipenuhi dengan jaluran berwarna-warni seperti merah, biru, hijau zamrud, perang, dan kuning.
Sampaikan rakyat Gansu sama memanggil gununga-ganang Danxia ini sebagai ‘gununh pelangi’. Kalau jaluran gunung ini bukan buatan manusia, apa yang menyebabkan fenomena ini terjadi?
Mula-mula saintis sana garu kepala bagaimana gunung pelangi boleh terjadi. Siasatan demi siasatan, rupa-rupanya gunung-ganang ini mengalami fenomena yang dipanggil sebagai ‘geomorfologi patrografi’.
Gunung-ganang Danxia ini terdiri dari batu-batuan pasir yang mengandungi elemen besi. Apabila proses luluhawa (weathering) kimia terjadi, di mana batu-batuan ini bersentuhan dengan air, berlaku proses pengoksidaan sehinggalah jaluran berwarna-warni ini muncul.
Kepelbagaian warna-warni gunung ini terjadi mengikut kandungan besi dalam batu-batuan tersebut. Kalau kandungan besi itu tinggi, karat besi berwarna merah akan muncul. Begitu juga kalau kandungan besinya rendah, akan muncul warna yang lain seperti kuning dan hijau.
Tapi, proses ini bukanya sekejap. Ia memerlukan masa yang panjang selamat berjuta-juta tahun untuk hasilkan gunung-ganang pelangi ini. Jaluran warnanya Pula sentiasa berubah mengikut kandungan besi.
Beginilah terjadinya gunung-ganang Danxia yang berwarna pelangi. Selain China, negara-negara lain pun mempunyai gunung pelangi mereka, seperti Gunung Rainbow di Peru dan Banjaran Spectrum di British Columbia, Kanada.
Dengan melihat keindahan gunung pelangi ini, kita dapat menghayati keagungan ciptaan Tuhan yang sedia lama terbentang luas untuk kita!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source