“Isteri kan cerminan suami” – Hantaran Reen Rahim tarik perhatian ramai
Pelakon Reen Rahim atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim yang berkongsi sebuah hantaran di laman sosial telah berjaya tarik perhatian ramai.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 36 tahun itu, dia memberitahu bahawa seseorang isteri adalah cerminan suami.
Reen Rahim
Ungkapan itu lebih menjurus kepada bagaimana suami melayannya, begitulah yang akan dilakukan oleh isteri, bergantung kepada sikap suami itu sendiri.
“Suamiku Hazim Zainal, tapi kenapa macam awak cerminan isteri ye?” ujarnya di ruangan kapsyen.
Reen Rahim
Artikel lain: Bella Astillah didakwa jalin hubungan cinta dengan pelakon baharu?
Bagaimanapun, ungkapan yang sering diwar-warkan ini hanya bersifat simbolik untuk menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab suami dalam mendidik dan memimpin isteri ke jalan yang diredai.
Netizen terhibur!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan bersetuju dengan perkongsian Reen Rahim kerana tingkah laku isteri dipengaruhi oleh sikap suami itu sendiri.
Sekadar info, Reen Rahim mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin yang juga merupakan seorang ahli perniagaan pada 24 Disember 2022.
Hari ini, kecoh di media sosial apabila aktres Bella Astillah didakwa jalin hubungan cinta bersama pelakon baharu, Muaz Zabir. Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dimaklumkan oleh isteri kepada penyanyi Aliff Aziz berhubung isu tersebut.
Sumber: Instagram @Reen Rahim
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source