Pengasas produk dakwa Ruhainies licik, pandai manipulasi & gunakan orang
Pengasas produk kesihatan dan kecantikan, Aurebelle, Fatin Nabilah Solehudin tampil dakwa sikap licik pelakon Ruhainies terutama melibatkan Bella Astillah.
Pengasas produk dakwa Ruhainies licik, persoal Bella Astillah
Dakwa pengasas produk tersebut, Ruhainies pernah mempersoalkan sebab pihaknya menjemput Bella menyanyi di majlis dan mendakwa suara penyanyi itu tidak sedap.
Malah, dia juga terkejut apabila melihat keakraban Ruhainies dengan Bella Astillah seusai selesai majlis pelancaran produk kesihatan dan kecantikan miliknya.
“Macam-macam dia cerita pasal awak dekat kami. Sebab tu kami pun terkejut tengok bukan main rapat lagi you (Bella) dengan dia (Ruhainies) selepas pelancaran produk,”dedahnya.
Ruhanies ‘checkmate’!
Dalam hantaran Insta Story berikutnya, pengasas produk dedah Ruhainies ‘licik’ dan bersyukur kerana doanya selama ini didengari, lebih-lebih lagi pernah menjadi mangsa aniaya aktres itu.
Pada Februari lalu, pihak Aurebelle meminta Ruhainies membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi mencecah ratusan ribu ringgit atas dakwaan melanggar kontrak dengan menarik diri daripada menjadi duta produk mereka.
Namun Ruhainies tegas berkata, pihaknya tidak menandatangani sebarang kontrak dan bayaran pun masih ada yang tertunggak lagi.
Pengasas produk itu turut meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat golongan artis ‘biasa’ namun mampu hidup di suites mewah di ibu negara.
“10 malam terakhir ni Allah dengar doa-doa orang teraniaya.
“Semoga lepas ni macam-macam bencana demi bencana.
“Tak sabar nak tunggu JAWI pula,”luahnya.
Dikesempatan itu, dia turut menasihati orang ramai agar supaya berhati-hati dan tidak menjadi mangsa aktres tersebut.
Artikel lain: Ellie Suriaty anggap Bella dizalimi -“Ini bentuk pengkhianatan dari kawan baik”
Ruhainies licik, pandai manipulasi & gunakan orang
Allah dengar doa kami
Dalam hantaran berikutnya, pengasas produk itu turut mendoakan semoga Ruhainies mendapat balasan setimpalnya atas perbuatan menganiaya orang lain seperti pihaknya dan Bella Astillah.
Dia juga meminta agar aktres kelahiran Pulau Pinang itu berhenti daripada bermain sentimen agama bagi menutupi kesalahan yang telah dilakukan.
Sumber: Instagram xo_bella_b
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source