Betul Ke Air Kelapa Menyejukkan Badan?
Kalau anda semua tak tahu nak berbuka dengan air apa, cuba beli air kelapa. Air kelapa memang sesuai untuk diminum waktu-waktu panas lit-lit macam sekarang ni.
Kenapa? Ada bukti saintifik ke yang mengatakan air kelapa menyejukkan badan?
Air kelapa mampu mengembalikan suhu badan peminumnya kepada paras normal.
Air kelapa muda ada elektrolit yang boleh mengembalikan ion tubuh yang hilang akibat dehidrasi semasa cuaca panas.
Air kelapa muda sebenarnya memiliki kandungan yang sangat tinggi dengan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B komplek.
Kandungan-kandungan dalam air kelapa mampu kawal tekanan darah, rendahkan kekejangan otot serta naikkan selera makan dan minum ketika musim panas.
Sebab itulah kalau anda demam, mesti orang tua-tua suruh minum air kelapa.
Tapi lagi bagus, kalau air kelapa anda beli tu tak dicampur dengan gula. Air kelapa yang segar lebih berkhasiat daripada yang dah dibancuh air gula.
Apa lagi khasiat air kelapa ni?
Air kelapa sebenarnya dapat mengurangkan berat badan, memulihkan kelembapan kulit, membantu penghadaman dan menurunkan tekanan darah.
Air kelapa juga mengandungi Cytokinins yang memberikan kesan antipenuaan pada tisu dan sel-sel kulit melambatkan proses penuaan kulit.
Berbukalah dengan air kelapa! Tapi tunggu lah waktu Maghrib dulu. Jangan pulak berbuka dengan air kelapa pada waktu Zohor.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source