Peguam ulas isteri boleh guna rakaman suara sebagai bukti suami curang
Peguam ulas isteri boleh guna rakaman suara sebagai jalan untuk mengumpul bukti kesalahan suami seperti curang atau tidak bertanggungjawab.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, peguam yang bernama Wan Azliana Wan Adnan berkata demikian ketika mengulas isu pelakon Bella Astillah yang meletakkan perakam suara di kereta suaminya, Aliff Aziz.
Peguam ulas isteri boleh guna rakaman suara
“Boleh jika ia bertujuan untuk mengumpul bukti. Nak buktikan suami nusyuz, curang atau gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami memerlukan bukti yang kukuh di mahkamah,” katanya.
Menurut Wan Azliana, sekadar menyatakan suami curang dan tidak bertanggungjawab di mahkamah tidak akan mencukupi tanpa bukti yang kukuh.
Artikel lain: Pengasas produk dakwa Ruhainies licik, pandai manipulasi & gunakan orang
“Di mahkamah, sekadar beri keterangan suami curang, suami tidak bertanggungjawab memang tidak cukup. Perlukan bukti, beberapa saksi untuk menyokong dakwaan isteri mengenai dakwaan curang.
“Kemukan dokumen seperti gambar, surat, rakaman kamera litar bertutup, rakaman suara memang baguslah kalau ada. Menguatkan lagi kes di mahkamah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Wan Azliana juga berkata jika benar dakwaan Aliff sudah curang lebih daripada 10 kali, Bella wajar mengumpul bukti bagi mendapatkan keadilan.
“Jika benar dakwaan bahawa kantoi suami curang lebih 10 kali, memang tindakan wajar dan bijak untuk mengumpul bukti untuk mendapatkan keadilan dan menuntut hak sebagai isteri.
“Bella seorang yang sangat-sangat penyabar dan pemaaf walaupun dicurangi suami lebih 10 kali dan curang dengan adik ipar sendiri,” jelasnya.
Sementara itu, Wan Azliana juga meminta orang ramai untuk tidak menuduh Bella telah membuka aib suaminya sedangkan aktres itu hanya mempertahankan dirinya.
“Janganlah tuduh Bella buka aib suami. Akhirnya dia bersuara untuk mempertahankan maruah diri sebagai isteri setelah dimalukan berkali-kali dengan isu suami curang dan ditangkap khalwat,” ujarnya.
Peguam ini juga sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai terutama wanita untuk tidak merampas kebahagian orang lain.
“Kepada wanita-wanita, jangan rampas kebahagian wanita lain. Memang benar poligami dibenarkan. Tak salah poligami. Kalau nak berkongsi, mintalah izin terlebih dahulu dan berbincang. Jangan mulakan hubungan atas kesengsaraan yang lain.
“Malaysia ada undang-undang bagi pihak ketiga yang menganggu hubungan perkahwinan hingga menyebabkan perceraian, boleh disaman di Mahkamah Sivil di bawah prinsip undang-undang Tort.
“Pihak ketiga juga boleh didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan jenayah syariah. Jika sabit, boleh dihukum denda atau penjara atau kedua-duanya,” kongsinya.
Pada masa yang sama, Wan Azliana turut mendoakan agar Bella sentiasa tabah dalam menghadapi cabaran dan semua urusannya dipermudahkan.
Sokong Bella, peguam ulas isteri boleh guna rakaman suara
Foto: Harian Metro
“Hormati isteri atau suami, jangan curang. Mungkin ada seribu alasan untuk bercerai tapi tiada alasan untuk curang. Jika tidak gembira, tidak dapat menyelesaikan masalah rumah tangga, ada jalan perpisahan.
“Wanita adalah insan yang kuat walau dilihat lembut pada luaran. Sanggpun berkorban demi orang sekeliling. Tapi sekali-sekala akan mengalami breakdown dan memerlukan sokongan untuk berdiri semula.
“Pentingnya sokongan dari keluarga dan kawan-kawan. Semoga Bella sentiasa tabah dan proses di mahkamah dan di luar mahkamah di permudahkan,” katanya.
Baru-baru ini, Bella membuat pendedahan dia meletakkan alat navigasi peta Global Positioning System (GPS) dan alat perakam suara di kereta Aliff.
Aktres itu mengambil tindakan demikian kerana dia berasa curiga dengan perubahan tingkah laku suaminya itu selepas memulakan penggambaran dengan pelakon wanita, Ruhainies.
Foto: Harian Metro
Susulan itu, Bella telah memfailkan perceraian namun Aliff enggan melafaz cerai terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur pada Khamis.
Sumber: Facebook Wan Azliana Wan Adnan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source