Lari Dari Kesibukan Kota, Singgah Sekejap Di Sementra Nature Resort Gopeng
Kerjaya sebagai pemandu pelancong semestinya sesuai untuk seseorang yang suka melancong atau mengembara, suka berinteraksi dengan orang ramai, pandai menyusun atur perancangan, tahu selok belok persekitaran seperti tempat bersejarah atau kawasan tumpuan dan sukakan ilmu pengetahuan terhadap sesuatu perkara.
Pemandu pelancong yang professional juga mestilah seseorang yang amanah dan bertanggungjawab dalam memastikan pelancong yang dibawa dapat menikmati percutian mereka sepenuhnya. Bukan setakat keselesaan penginapan si pelancong malah pengangkutan, jadual lawatan, informasi tempat pelancongan, makan, membeli-belah dan lain-lain yang berkaitan turut dibawah jagaan si pemandu pelancong.
Jika anda seseorang yang mempunyai ciri-ciri tersebut, anda boleh berfikir sejenak untuk menukar kerjaya yang ada kepada kerjaya sebagai pemandu pelancong.
Pemandu pelancong perlu bertauliah dan ada lesen
Sekiranya anda ingin menjadi seorang pemandu pelancong di Malaysia, anda dikehendaki untuk mendaftar bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan mempunyai lesen yang sah serta ditauliah.
Ini sesuai dengan perkara 21 Akta Industri Pelancongan 1992 yang mana menjelaskan bahawa orang yang memberi perkhidmatan sebagai pemandu pelancong hendaklah dilesenkan dan perkara 21(1) menjelaskan tiada seorang pun boleh bertindak, atau menganjurkan dirinya, sebagai seorang pemandu pelancong melainkan jika dia dilesenkan.
Sesiapa yang didapati menjadi pemandu pelancong secara haram, anda boleh disabit kesalahan dan didenda tidak melebihi RM7,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Jangan main-main, boleh tahan juga hukumannya kalau jadi pemandu pelancong secara haram ni. Jadi, dah bersedia untuk menjadi pemandu pelancong yang bertauliah dan berlesen?
Perlu menghadiri kursus dan ujian
Untuk memohon lesen, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menghadiri kursus atau latihan dan lulus ujian kecekapan yang diadakan oleh MOTAC atau mana-mana badan yang diberi kuasa untuk mengadakan kursus latihan dan ujian kecekapan.
Kalau dulu, mungkin sukar untuk kita dapatkan maklumat mengenai kursus dan ujian sebagai pemandu pelancong, tapi sekarang tidak lagi. Hasil carian dan selidik Libur di laman sesawang seperti Google dan Facebook mendapati kini ada banyak Institut Latihan Pelancongan (ILP) dan beberapa badan yang menyediakan khidmat kursus, latihan dan ujian sebagai pemandu pelancong serta menjalankan kursus tersebut secara berkala setiap tahun. Taip sahaja kursus pemandu pelancong, segala maklumat akan terpampang di situ.
Jika anda sudah dapat ILP atau mana-mana badan yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik, anda perlu semak bila tarikh terkini kursus tersebut dan berhubung dengan pegawai yang bertanggungjawab untuk maklumat selanjutnya seperti kekosongan tempat, tarikh dan lokasi serta bayaran.
Untuk pengetahuan anda, anda perlu menjalani kursus pemandu pelancong ini selama 500 jam selama 6 bulan. Oleh demikian, dapatkan jadual pembelajaran kelas harian daripada ILP atau badan yang anda pilih. Sekiranya anda seorang yang mempunyai pekerjaan lain atau pelajar, cuba sesuaikan dengan masa anda dengan masa kelas pemandu pelancong kerana ada kelas yang akan dijalankan pada hari bekerja.
Permohonan lesen sebagai pemandu pelancong bertauliah
Setelah lulus kursus pemandu pelancong, anda akan ditauliahkan sijil kemahiran dan sijil daripada MOTAC. Kedua-dua sijil ini akan diperlukan untuk anda memohon lesen sebagai pemandu pelancong yang bertauliah daripada kementerian.
Anda boleh layari laman sesawang MOTAC di www.motac.gov.my dan pergi ke bahagian Perkhidmatan seterusnya ke Permohonan Lesen dan Pemandu Pelancong. Dari situ, anda boleh muat turun borang yang disediakan di laman sesawang tersebut.
Jika anda perhatikan dengan betul di laman sesawang MOTAC itu, anda akan dapati ada permohonan lesen untuk pemandu pelancong bandar dan alam semulajadi setempat. Jadi, apakah pemandu pelancong bandar dan pemandu pelancong alam semulajadi setempat?
Ianya adalah kategori yang ada dalam kelas pemandu pelancong. Bagi pemandu pelancong bandar, anda perlu menjalani kursus asas pemandu pelancong dan kursus mesra Malaysia manakala pemandu pelancong alam semulajadi setempat anda perlu menjalani kursus alam semulajadi setempat dan kursus eco-host.
Kesemua kursus ini diperlukan sekiranya anda berkehendak untuk menaiktaraf lesen anda ke tahap yang lebih tinggi.
Syarat-syarat yang permohonan lesen baru oleh MOTAC
Bagi anda yang ingin memohon lesen pemandu pelancong daripada MOTAC, anda mestilah mempunyai semua syarat-syarat yang berikut:
Telah menjalani kursus dan latihan serta lulus ujian-ujian kecekapan yang diadakan oleh Pesuruhjaya Pelancongan atau mana-mana badan yang diberikan kuasa secara bertulis oleh Pesuruhjaya Pelancongan.
Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun pada tarikh permohonan dibuat.
Sihat daripada segi fizikal, mental dan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.
Tiada rekod jenayah.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari www.motac.gov.my.
Jadi, sudah timbul minat untuk menjadi seorang pemandu pelancong? Jika sudah, boleh ikuti semua langkah dan tip yang disediakan diatas. Semoga anda berjaya dalam mengejar cita-cita menjadi seorang pemandu pelancong yang hebat satu hari nanti!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source