Tidak Ramai Tahu Jenama Superdry Berasal Dari UK! Gabungan Stail Americana-Jepun Ada Di Cawangan Terbaru The Exchange TRX
Jenama fesyen high street, Superdry telahpun memahatkan namanya dalam kelompok fesyenista remaja termasuklah di Malaysia dek gaya uniknya yang menggabungkan beberapa unsur universal.
Sekilas pandang, Superdry memaparkan kombinasi stail ‘Americana’ vintaj yang relaks untuk dibawa ke mana-mana. Namun ia turut mempunyai injeksi grafik-grafik yang diinspirasikan daripada negara Jepun terutamanya pada helaian baju T dan jaket varsiti.
Collared Patched Bomber Deep Navy. RM1099
Lalu, peminat Superdry mempunyai bermacam-macam teori mengenai asal-usul jenama tersebut. Jika korang beranggapan pengasasnya mempunyai minat untuk mengembara ke negara-negara asing untuk menimba pengalaman, menambah nilai apresiasi budaya lalu menyelitkan elemen tersebut ke dalam koleksi Superdry, you are right on the money!
Untuk pengetahuan korang, jenama Superdry sebenarnya berasal dari United Kingdom (UK). Diasaskan pada tahun 2003-2004 oleh Julian Dunkerton dan rakan perniagaannya, Theo Karpathios; Superdry pantas meraih tumpuan fesyenista di UK dan juga dari negara-negara serata dunia gara-gara gaya unik tersebut.
Hooded Everest Faux Fur Parka Skylark. RM1099
Tarp Wash Bag Winter Twig Beige. RM199
Tahun demi tahun, Superdry semakin dikenali dalam dunia fesyen high street menerusi penubuhan stor fizikal di lebih 100 buah negara serta di 21 platform membeli-belah dalam talian antarabangsa; sehinggalah ia beralih menjadi Superdry yang korang kenali hari ini.
Tidak lagi sekadar memberi fokus kepada stail persalinan dan aksesori yang ditawarkan, Superdry semakin dewasa dari sudut mempromosikan nilai sustainability menerusi inisiatif serta aktiviti yang dilangsungkan oleh jenama itu.
Metallic Core Logo T-Shirt Ice White. RM229
Rescue Pant Carmine Red. RM1299
Terbaru, Superdry tidak ketinggalan untuk menapak di hub fesyen paling hangat di Kuala Lumpur buat masa ini iaitu di The Exchange TRX.
Bulan Januari lalu, Superdry mula membuka pintunya kepada pengunjung Seibu KL, sebuah gedung mewah Jepun yang terletak di pusat membeli-belah tersebut.
Ia menawarkan rekaan yang pelbagai daripada koleksi lelaki serta wanitanya khas buat peminat fesyen yang ingin sesuatu yang segar serta kaya dengan personaliti sebagai persalinan harian mereka.
Sewaktu kunjungan REMAJA ke sana, jelaslah bahawa Superdry bukan sekadar jenama yang mengisi ruangan lantai gedung tersebut; sebaliknya ia menitipkan mesej kelestarian alam yang cukup jelas dari segi perletakkan stor serta dekorasinya.
Superdry yang terletak di gedung Seibu KL, The Exchange TRX.
Selain di The Exchange TRX, Superdry juga mempunyai rangkaian stor sedia ada di lebih 10 lokasi berbeza di seluruh negara.
Ini termasuklah di Pavilion KL, Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Sunway Carnival, AEON Tebrau City Johor Bahru, Suria Sabah Kota Kinabalu, Mitsui Outlet Sepang, Genting Premium Outlets, Johor Premium Outlets, Penang Design Village dan di SOGO South Key Johor Bahru.
Korang juga boleh memiliki koleksi terbaru Superdry daripada laman web www.superdry.my dan di platform Lazada.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source