Rukhsah Dalam Permusafiran – The Patriots
Haa anda semua yang sedang membaca trivia ini? Dah kemas barang ke nak balik kampung? Atau ada yang dalam perjalanan balik kampung sempena cuti raya Aidilfitri ini. Saya doakan semuanya semoga selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.
Tapi, dalam seronok kita “berkonvoi” atau perjalanan pulang ke kampung. Jangan lupa ya, solat jangan tinggal. Kerana apa? Solat adalah Tiang Agama. Untuk anda yang bermusafir, Islam telah memberi kelonggaran untuk anda dalam beribadah ataupun dipanggil sebagai Rukhsah.
Rukhsah adalah satu keringan yang dikurniakan oleh Allah SWT buat umat Islam dalam melaksanakan Ibadah kepada Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT,
وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى الدِّيْنِ مِنْ حَرَجٍۗ
Dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam beragama (Surah Al-Hajj : 78)
Apa sahaja Rukhsah yang diberikan untuk para musafir ini? Tak lain adalah Solat Jama’ dan Qasar. Apa itu Jama’ dan Qasar?
Jama’ membawa maksud menghimpunkan atau kata lain kita menghimpunkan dua waktu solat dalam satu masa. Contoh, Solat Zohor digabungkan dengan Solat Asar dalam waktu Zohor. Dalam Jama’ pula terbahagi kepada dua iaitu, Jama’ Taqdim (Diawal) dan Jama’ Ta’khir (Diakhir).
Kalau Jama’ Taqdim macam contoh admin bagi tadi. Kalau Jama’ Ta’khir ialah menghimpunkan dua waktu solat pada waktu kedua. Contoh, Solat Zohor dan Solat Asar ditunaikan dalam waktu Asar.
Kalau Qasar pula bermaksud memendekkan waktu Solat. Tapi, tak semua waktu boleh dipendekkan ya. Hanya Waktu Solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja yang boleh dipendekkan (Qasar). Dan Jama’ Qasar ini boleh dilakukan serentak.
Untuk jarak musafir pula adalah lebih daripada 2 Marhalah. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, jarak Musafir adalah melebihi 81 KM. Dan tujuan bermusafir adalah bukan bertujuan maksiat dan Jelas tujuannya (bukan merayau-rayau).
Untuk niat solat Jama’ Qasar pula boleh rujuk grafik dibawah ini.
Dah jelas kan tentang Jama’ Qasar ini? Jangan lupa ya untuk singgah Solat di mana mana tempat yang selamat (Stesen Minyak, RNR). Buat rakan rakan yang menempuh kesesakan jalan raya, saya ucapkan selamat menempuh kesesakan jalan raya.
Oleh : Muqri Nizam
—
Berminat nak dalami khazanah keilmuan Islam? Dapatkan buku BERAKAL DALAM BERAGAMA di Shopee The Patriots :
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source