Resipi Kek Batik Berkacang, Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Tahukah anda, sebenarnya setiap hiasan yang diletakkan di atas permukaan kek ialah berbeza? Malah namapun lain-lain walaupun rupanya seakan sama.
Fondant/sugar paste, royal icing, butter cream dan cream cheese icing mempunyai fungsi dan kaedah penyimpanan yang berbeza.
Jom kita semak ye.
FONDANT PASTE / SUGAR PASTE
Fondant ini digunakan untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A
15 gm gelatin powder yang halal
70 ml air
BAHAN B
1 kg gula icing | diayak – beli online di sini
1 biji putih telur
50 gm glucose (liquid) cecair yang sangat likat
15 gm tepung jagung – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.
2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut.
3.Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.
4.Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ia keras.
*Jangan simpan di dalam peti sejuk. Ia tahan untuk jangka masa lebih kurang seminggu. Sekiranya doh menjadi keras sedikit, uli semula untuk melembutkan doh tersebut.
*Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut, letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan.
*Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini, kita kena gunakan royal icing supaya kepingan-kepingan tersebut boleh melekat. Fondant yang dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak, boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.
ROYAL ICING
Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam, dia akan jadi keras. Oleh itu ia tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini ketika hendak menggunakannya sahaja.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A
280-300gm gula icing | diayak
BAHAN B
1 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon
CARA-CARA:
1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit.
2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik. Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan.
3. Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan.
4. Jika hendak pekat, lebihkan gula icing. Doh tersebut sedia untuk digunakan. Terpulanglah untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki
CARA MEWARNAKAN:
Tambah setitik dua warna dikehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.
BUTTER CREAM
(1) BAHAN-BAHAN:
200gm mentega – beli online di sini
150gm gula icing
1/2 sudu teh esen vanilla
CARA-CARA:
1. Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu. Adunan ini siap sedia untuk digunakan.
2. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.
BUTTER CREAM
(2) BAHAN-BAHAN:
600gm mentega
400gm krimwell
500 gm syrup
CARA MEMBUAT SYRUP:
1 kg gula pasir
600ml air
2 slice lemon (tidak perlu diperah)
*Campurkan gula, air dan lemon dan masakkan hingga mendidih. Biarkan sejuk dan sukatlah untuk 500gm syrup.
CARA MEMBUAT BUTTER CREAM:
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang. Masukkan syrup sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kembang dan gebu.
*Krimwell dan shortening nampak serupa, tapi berbeza dalam kegunaannya. Krimwell juga dikenali sebagai cream mixture, rasanya seakan-akan marjerin (masin) tetapi berwarna putih krim berbanding marjerin yang berwarna kuning.
CREAM CHEESE ICING
BAHAN-BAHAN:
200gm cheese cream
100gm mentega
80 gm icing sugar
1/2 sudu makan jus lemon
CARA-CARA:
Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu. Siap sedia untuk digunakan.
CHOCOLATE PIPING
Kalau hendak gunakan coklat untuk menghias kek dengan cara piping, bolehlah gunakan resepi ini. Coklat ini tahan disimpan sebulan di luar peti ais.
BAHAN-BAHAN:
200gm cooking chocolate
60 gm cooking oil
CARA-CARA:
Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair, campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Topping Penuh Bahagian Atas, Lengkap Rasa Masam Manis Fruit Pastry Cake
Kurma Banyak Lagi Di Rumah? Boleh Buat Kek Kurma, Barulah Tak Membazir
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source