Ramai Ambil Peluang Tol Percuma, Aliran Trafik Mungkin Meningkat Di Lebuhraya
Jalan raya di bandar Kuala Lumpur mulai lengang dan sudah tidak terlalu banyak kenderaan seperti selalu. Kebanyakan warga kota sudah berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing.
Artikel di portal Bernama melaporkan aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula Isnin.
Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 8 pagi ini, jumlah kenderaan masih terkawal dan trafik di beberapa lebuh raya utama lancar.
“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 dilaporkan lancar untuk dilalui setakat ini.
“Namun, trafik bergerak sedikit perlahan sebelum memasuki terowong Genting Sempah di Lebuhraya KL – Karak (KLK),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.
Baca Juga:
Tak Nak Kawan Ambil Cuti Bersalin, Tergamak Letak Racun Dalam Minuman
Suami Isteri Dera Anak 5 Tahun Guna Rotan & Penyangkut Baju Sehingga Cedera
Jatuh Dari Van, Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia. Ibu & Kekasih Didakwa Cuai
Hati-hati kepada semua yang pulang ke kampung dan pastikan anda telah mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memandu. Jika perlu berhenti di hentian R&R untuk berehat dan kembalikan kesegaran.
Untuk anda yang memandu bersama anak kecil, utamakan keselamatan dan pakaikan mereka car seat ketika dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source