Nabi Suka Keris? – The Patriots
Baru baru ini tular tangkap layar yang menyatakan bahawa Nabi SAW meminati keris dan Iskandar Zulkarnain pernah mampir ke Kuala Krai untuk mendapatkan besi membuat tembok dan pelbagai syubhat sejarah lagi yang dibuat oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sememangnya Rasulullah SAW mempunyai simpanan pedang tersendiri. Thabit dengan zamannya pada ketika itu. Rasulullah SAW mempunyai pelbagai pedang antaranya, Al-Battar , Al-Ma’thur, Al-Hatf dan Al-Rasub. Kesemua pedang ini merupakan milik Rasulullah SAW yang diperoleh dari harta pusaka dan rampasan perang sewaktu perang.
Untuk menyatakan baginda meminati keris adalah suatu kenyataan yang dangkal kerana hubungan perdagangan Tanah Arab pada ketika itu hanya terhad Syam dan Yaman sahaja tidak lebih dari itu. Apatah lagi untuk tiba di Tanah Melayu. Sebagaimana Firman Allah SWT,
إِۦلَٰفِهِمۡ رِحۡلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيۡفِ
(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam) (Surah Quraish : 2)
Serta pelbagai dakwaan yang diutarakan tidak mampu memberika hujah dakwaan mereka. Hanya berpandukan rujukan yang tidak berautoriti seperti “The Book of Mormon” dan sebagainya. Ingatlah pesan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis,
وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (110)]
Wallahu A’lam
Oleh : Muqri Nizam
—
Melihat isu ini, jelaslah bahawa Akal sangat diperlukan bagi pemikiran kritis untuk menghadam isu seperti ini. Oleh itu, dapatkan BERAKAL DALAM BERAGAMA untuk memahami bagaimana kritisnya pemahaman untuk memahami Agama.
Boleh dapatkan buku ini di Shopee The Patriots :
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source