KPT terus pantau keadaan pelajar2 Malaysia di Timur Tengah
Pergolakan yang berlaku antara Iran dan Israel baru-baru ini telah mencetuskan kebimbangan terutamanya buat keluarga para pelajar Malaysia yang berada di negara Timur Tengah berhampiran seperti Jordan, Syria, Lebanon dan Iraq.
Susulan daripada itu, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi satu kenyataan rasmi memberitahu bahawa pihak mereka mengambil maklum serta memantau perkara tersebut secara langsung menerusi pejabat Education Malaysia (EM) di Jordan dan Dubai.
Artikel lain: AKKPT 2023 bukti KPT iktiraf usaha IPT lahirkan usahawan pelbagai bidang
Sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar di Iran & Jordan
Dalam pada itu, mereka juga sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan bagi mengetahui perkembangan terkini serta tindakan lanjut yang perlu diambil untuk memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin.
Disebabkan pihak mereka telah mendapat maklumat bakal ada penutupan ruang udara di beberapa negara terlibat, KPT akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk sebarang tindakan selanjutnya termasuk jika ada keperluan untuk membawa pulang pelajar dari negara-negara terbabit.
Setakat ini pihak KPT menasihati rakyat Malaysia khususnya pelajar-pelajar Malaysia di negara berkenaan untuk terus bertenang, sentiasa berwaspada dengan situasi semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Mereka juga mendoakan agar krisis terbabit akan segera menemui jalan penyelesaian dan keadaan kembali aman.
Untuk rekod, pelajar Malaysia yang berdaftar adalah seramai 1872 orang di Jordan, 37 orang di Syria, 8 orang pelajar di Iran dan tiada pelajar Malaysia di Lebanon dan Iraq pada ketika ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source