Abang tak mengaku amang seksual adik kandung
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap adik perempuannya, pada 6 dan 8 April lalu.
Menurut laporan Berita Harian, tertuduh yang juga merupakan seorang penganggur didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap adik perempuannya yang berusia 17 tahun lima bulan ketika kejadian iaitu memerhati atau mendengar visual aktiviti yang bersifat seksual untuk pertuduhan yang pertama.
Amang seksual
Sumber gambar: Berita Harian
Artikel lain: Dua anak terkorban, netizen sebak hasrat ibu nak beli baju raya tak kesampaian
Difahamkan, perbuatan jelik itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Long Yunus di sini, jam 10 malam, pada 6 April 2024.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh yang berusia 34 tahun didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memegang tangan mangsa dan lokasi yang sama, jam 11 pagi, pada 8 April 2024.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara hingga 20 tahun dan hukuman sebat boleh dikenakan.
Amang seksual
Sumber gambar: Harian Metro
Bukan itu sahaja, tertuduh mendakwa dia hanya melakukan demonstrasi terhadap mangsa dan merayu supaya mahkamah membenarkan jaminan terhadapnya.
Pun begitu, mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan sebutan semula kes pada 6 Mei depan.
Sumber: Berita Harian (Hidayatidayu Razali)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source