Tan Sri Kadir saman Aliff Syukri RM70 juta, minta ganti rugi atas dakwaan fitnah
Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir saman ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzzaman sebanyak RM70 juta.
Memetik laporan Harian Metro, saman terus dibuat berhubung kenyataan fitnah dilakukan Aliff Syukri terhadap Tan Sri Kadir membabitkan hutang puluhan juta ringit.
Tan Sri Kadir saman Aliff Syukri RM70 juta
Bekas menteri itu mendakwa, kenyataan yang dimuat naik Aliff di Instagram dan Facebook miliknya pada 2 Julai 2023 adalah fitnah dan tidak benar.
Sebelum ini, Aliff mendakwa Tan Sri Kadir berhutang dengannya berjuta-juta ringgit, selain gambar bekas menteri itu diletakkan pada kenyataan tersebut sehingga mengundang komen negatif.
Abdul Kadir, 84 memfailkan saman terhadap Aliff pada 6 September lalu dan perlu membayar RM70 juta untuk libel (fitnah bertulis) dan ganti rugi oleh mahkamah.
Selain perintah, defendan (Aliff Syukri) memberikan aku janji bertulis untuk tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintaif serta permohonan maaf tanpa syarat yang disiarkan di akaun media sosialnya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah tersebut.
Sementara itu, Aliff Syukri menerusi pernyataan pembelaannya mendakwa beliau sudah membuat bayaran pelaburan sebanyak RM30 juta bagi mematuhi perjanjian usaha sama bertarikh 26 November 2018 yang melibatkan plaintif, defendan serta dua syarikat.
“Pihak-pihak di dalam perjanjian usaha sama gagal membuat pembayaran wang yang telah dilaburkan oleh saya dan segala pelanggaran-pelanggaran janji sedemikian termasuklah aku janji yang diberikan plaintif kepada saya adalah di dalam pengetahuan plaintif sendiri,” dakwa defendan.
Terdahulu, peguam T.Dheenish mewakili Abdul Kadir selaku plaintif berkata anak guamnya akan memberi keterangan pada perbicaraan kes saman itu.
“Kemungkinan pihak plaintif akan memanggil beberapa saksi daripada portal berita yang menerbitkan dakwaan defendan (Aliff Syukri), yang dimuat naik di Instagram dan Facebook milik defendan,” kata peguam itu.
Peguam Mohd Tajudin Abd Razak yang mewakili Aliff Syukri pula berkata pihak defendan akan mengemukakan dua saksi, iaitu anak guamnya sendiri dan isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid untuk memberi keterangan di mahkamah.
Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, memutuskan 6 hingga 8 Januari 2026 sebagai tarikh bicara, manakala 5 Julai ini untuk pengurusan kes selanjutnya.
Sumber: Harian Metro (BERNAMA)
Abdul Kadir, 84, yang memfailkan saman pada 6 September 2023 berkata Aliff Syukri, 37, yang terbabit dalam industri hiburan dengan jumlah pengikut yang ramai dalam platform media sosial iaitu Facebook, Instagram dan lain-lain, didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap plaintif di Instagram dan Facebook miliknya pada 2 Julai 2023.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source