Bukan duit, bapa hadiahkan tiga buah telefon raya buat anak-anak
Tular di media sosial memaparkan seorang bapa hadiahkan sebuah telefon pintar buat ketiga-tiga anaknya pada hari raya Aidilfitri, baru-baru ini.
Perkongsian dimuat naik pengguna dikenali @aizznurainur di platform TikTok itu telah menarik perhatian ramai.
Artikel lain: Rezeki jalan ‘jammed’, kanak-kanak teruja terima duit raya berkepuk2!
Rezeki, bapa hadiahkan telefon raya buat anak-anak
Menerusi video berdurasi 35 saat itu, jelas memaparkan si bapa mengeluarkan tiga buah kotak daripada sebuah beg kertas jenama telefon pintar Infinix Mobile sebelum diberikan kepada anak-anaknya.
Dua kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan itu kelihatan sangat gembira dan terpancar cahaya keterujaan menerima telefon raya daripada bapa mereka.
Dalam pada itu, pengguna TikTok tersebut meluahkan rasa syukur kerana diberikan nikmat rezeki untuk memberikan telefon pintar buat ketiga-tiga anaknya.
Dikesempatan itu, dia turut berseloroh dan memaklumkan tidak akan teragak-agak untuk mengambil semula sekiranya mereka leka dengan gajet tersebut.
“Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Kalau agak tak dengar kata je, ibu jual balik hp (telefon pintar) nya,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
@aizznurainur Alhamdulillah rezeki anak² 🥰 Kalau agak tak dengar kata je ibu jual balik hp nya 😝
Untungnya dapat telefon raya!
Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana mereka turut teruja melihat model telefon yang diberikan oleh si bapa.
Jangan lupa kawal penggunaan
Tidak kurang juga ada yang meningalkan nasihat dan pesanan buat ibu bapa kanak-kanak tersebut agar tidak leka dan kawal had masa anak-anak bermain gajet.
Sumber: TikTok @aizznurainur
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source