Wanita simpan duit raya pemberian suami sejak 2013, netizen cadang
Seorang wanita memberitahu dia tidak pernah menggunakan duit raya pemberian suami sejak tahun 2013 hingga kini telah menjadi bualan hangat netizen.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita terbabit di laman TikToknya, dia menunjukkan satu persatu koleksi duit raya yang disimpan di dalam sebuah peti kepada netizen.
Duit raya pemberian suami
@nhazelnut Simpan pemberian duit raya dr hubby🥰.. start 2013 hingge skrg 2024🥰.. sbb syg nk gune🤪🤪🤪 #duitraya #2024
Artikel lain: Rezeki jalan ‘jammed’, kanak-kanak teruja terima duit raya berkepuk2!
Dalam video tersebut, jumlah duit raya yang diterima semakin meningkat pada setiap tahun dan sampul raya mempunyai logo Petronas disebabkan suami wanita terbabit bekerja di syarikat itu.
“Simpan pemberian duit raya daripada suami, bermula 2013 hingga sekarang 2024 sebab sayang nak guna,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Duit raya pemberian suami
Baik beli emas, elak nilai duit terhakis
Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen memberi cadangan supaya wanita terbabit menggunakan wang tersebut membeli emas untuk menggelakkan nilai wang terjejas.
Bagaimanapun, ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan golongan tersebut malah menyokong keputusan wanita tersebut menyimpan duit raya pemberian suaminya.
Tak pernah dapat duit raya daripada suami
Dalam pada itu, segelintir wanita berkongsi kisah rumah tangga mereka dimana tidak pernah terima duit raya daripada suami.
Sumber: TikTok @Coklat Hazelnut
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source