Tiga adik tak pernah tahu ada kakak, kembali bertemu selepas 15 tahun terpisah
Tular di media sosial memaparkan tiga adik tidak pernah tahu mereka mempunyai seorang kakak kembali bertemu selepas 15 terpisah selepas ibu meninggal dunia.
Perkongsian pengguna TikTok dikenali Arinaa Adam bertemu secara bersemuka dengan dua orang adik lelakinya menyentuh hati warganet, termasuk panggilan video bersama adik perempuan.
Adik tak tahu ada kakak, kembali bertemu ..
Menerusi perkongsian tular, Arinaa memaklumkan mereka semua terpisah selepas ibu meninggal dunia dan tiga adiknya dibesarkan di bawah jagaan saudara sebelah bapa tiri.
Sepanjang perpisahan mereka, tiga adiknya tidak pernah tahu mengenai kewujudan kakak mereka.
“Kami terpisah selepas mak kami meninggal dan lepas pada itu tak pernah berjumpa sebab adik tinggal dengan saudara belah bapa tiri.
“Sehingga hari itu, kami semua terpisah dan tak kenal dah adik. Adik pun tak tahu dia ada kakak,”kongsinya.
Artikel lain: Bertemu dengan PM, Nadir Al-Nuri kongsi anak2 teruja lihat telur & tembikai di Malaysia
Dia bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana dapat bertemu dengan adik-adik dan ia merupakan Syawal paling bermakna pada tahun ini.
Rupanya satu daerah je selama ini!
Apa yang membuatkan dia terkejut dan tergamam apabila mengetahui selama ini mereka tinggal dalam satu daerah yang sama sahaja, namun tidak mengenali antara satu sama lain.
Malah, salah seorang adik lelakinya juga sebelum ini pernah datang membeli makanan di kedai miliknya dan mereka juga pernah ke restoran tempat adiknya bekerja.
“Sembang-sembang dan teman dia makan, adik cakap pernah datang bungkus makanan kat kedai ini (kedai makan saya/ kakak).
“Tapi sebab tak kenal dan tak tahu kedai kakak sendiri. Allah, sedihnya,”luahnya.
@arinaadam_boss harini kami cari adik yg lama terpisah,Raya 2024 ,Paling bermakna.Terima Kasih Ya Allah.15tahun kami terpisah slpas mak meninggal.kesian adik aku😭x kenal adik bradik,terkejut dia tgk ramai sgt dtg,dan semua tu ank² saudara dia.Syukur Ya Allah😭
Adik perempuan saling tak tumpang seperti arwah ibu
Dalam pada itu, Arinaa sebak ketika membuat panggilan video bersama seorang lagi adiknya.
Ujarnya, wajah adik perempuannya saling tidak tumpah seperti wajah arwah ibunya.
Sumber: TikTok @arinaadam_boss
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source