Dibantah orang ramai, pertandingan fesyen janda2 Temerloh dibatalkan
Pertandingan Fesyen janda-janda Temerloh dibatalkan selepas tular di media sosial baru-baru ini telah disamping menerima bantahan daripada orang ramai.
Memetik laporan MalaysiaGazette, penganjur acara itu, Uncle John mengesahkan pertandingan itu dibatalkan selepas ditentang warga setempat termasuk pemimpin di kawasan itu.
Foto: Malaysia Gazette
“Ada wakil Yang Berhormat Ahli Parlimen Temerloh dan Lipis hubungi membantah pertandingan itu dan benda ini melibatkan pejabat agama nanti, jadi sudah dibatalkan.
“Tolong maklumkan pada semua pertandingan itu dibatalkan tapi majlis rumah terbuka diteruskan. Saya pun tidak mahu dikenakan perintah undang-undang,” katanya.
Menurut Uncle John, pada awalnya penganjuran itu hanyalah sekadar suka-suka bagi memeriahkan majlis Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkannya di Temerloh.
Bagaimanapun, poster pertandingan itu telah diedarkan secara meluas oleh sesetengah pihak sehingga menjadi tular di media sosial.
Namun begitu, Uncle John turut mengakui bawaha pihaknya telah menerima beberapa penyertaan daripada kalangan janda kerana ia merupakan acara terbuka tanpa bayaran.
“Kalau tidak ini dah terima penyertaan sebab saya tidak mengambil sebarang bayaran sebab terbuka,” ujarnya.
Menerusi laporan Kosmo!, penganjur bersama acara tersebut, Mama Zana berkata pertandingan itu dibatalkan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Menurutnya, dia menerima banyak panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang bertanyakan mengenai program tersebut termasuk ibu tunggal.
“Saya menerima panggilan daripada pelbagai pihak di seluruh negara yang bertanyakan perkara ini dan ada yang mahukan pengesahan kerana mereka mahu bersedia seperti menempah homestay.
“Jadi saya tidak mampu mengendalikan program ini sekiranya terlalu banyak penyertaan dan kehadiran terlalu ramai,” ujarnya.
Foto hiasan
Tambah Mama Zana, pihaknya tidak pernah mempromosikan acara tersebut di media sosial kerana ia merupakan pertandingan kecil buat kumpulannya.
“Saya tidak memviralkan perkara ini kerana ia hanyalah program kecil untuk kumpulan kami sahaja, tetapi ada individu yang menularkannya di dalam pelbagai media sosial.
“Ia sebenarnya hanyalah sambutan hari raya Aidilfitri yang diselitkan dengan program berkenaan,” jelasnya.
Sekadar info, poster yang tular di media sosial pada Rabu itu menyatakan acara berkenaan akan diadakan pada 21 April pukul 9 malam di Taman Tasik Chatin Mentakab.
Dalam pada itu, poster berkenaan menyatakan pertandingan itu terbuka kepada wanita berusia 20 tahun ke atas disamping menyatakan peserta boleh mendaftar secara walk-in dan percuma.
Sementara itu, Exco Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad menafikan dia mengetahui pengajuran acara berkenaan.
Tegas Syed Ibrahim, pertandingan seperti itu tidak wajar dilaksanakan di negeri berkenaan disamping berkata beliau tidak pernah meluluskan acara tersebut.
“Saya bantah pertandingan ini. Bukan di kawasan saya. Tidak pernah ada kelulusan sedemikian, sebab tu penganjur tak tanya saya memang tidak akan setuju.
“Benda ini memang tidak wajar,” jelasnya.
Sumber: Malaysia Gazette (Syahira Yahya), Kosmo! (Abdul Rashid Abdul Rahman)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source