Tip Masuk ‘Bali Malaysia’, Patutlah Ramai Singgah Pantai Pasir Lanun
Meriah betul bila buat family day ke Kelantan sampai tempat sebuah bas. Maklumlah, ramai yang nak ikut sama pun.
Begitulah yang cuba dilalui oleh Puan Nur Dalilah, apabila dapat berkumpul bersama 40 ahli keluaga besarnya dengan menjayakan family day ke negeri Kelantan baru-baru ini. Apa yang lebih menarik, percutian kali ini siap booking satu bas!
Berkongsi cerita lanjut, menurut Dalilah atau lebih mesra disapa Dell, “Idea ini tercetus bila bulan Syawal yang lalu. Ketika itu makcik saya buat aqiqa cucu dan bersekali buat open house. Kiranya semua keluarga berkumpul untuk bertungkus lumus buat persiapan rewang kenduri. Jadi terus dia kata nak buat rombongan ke Kelantan naik bas,” jelasnya.
Rombongan Cek Pah Ke Kelantan
“Tidak dinafikan ketika zaman kami kecil, kami selalu buat family day. Tapi bila masing-masing dah dewasa, dah kerja dan berkeluarga, agak susah nak gather kan semua dalam satu masa.
“Jadi bila mendengar cadangan tersebut ahli keluarga ramai yang teruja, dan kalau ikutkan family kami besar. Cuma yang pergi kali ini hanya 5 keluarga, ada dalam 6/7 keluarga lagi yang tak dapat sertai.
“Nak dijadikan cerita, ketua rombongan kali ini adalah sepupu saya Eyfa Ariffin yang kitaorang panggil dia Cek Pah. Kira ni Rombongan Cek Pah Ke Kelantan. Dia yang booking bas, deal dengan homestay.
“Kami cari bas yang selesa (2 tingkat Executive Coach) untuk keselesaan sebab ahli rombongan ada warga emas dan juga bayi. Kalau nak dikira ahli rombongan, total 40 orang. Itu tak termasuk ada 1 family yang turut serta tapi naik kereta sendiri,” ceritanya lagi.
Bercuti Sambil Shopping
- Perjalanan kami bermula dari 11:00 malam bertolak dari Klang menuju ke Kelantan
- Kemudian kami berhenti solat subuh di Masjid Paloh Gua Musang pada jam 5:45pg.
- Sambung perjalanan ke Rantau Panjang.
- Berhenti breakfast di Kok Lanas, nama kedai KEDAI NASI KERTAS pelbagai menu di sediakan, terutama sekali nasi dan roti telur goyang.
- Selesai sarapan kita sambung perjalanan menuju rantau panjang, sampai rantau panjang around 11am. Kami diberi masa 2 jam untuk shopping.
- Selesai di Rantau Panjang, kami bergerak ke pasar Siti Khadijah..sampai sana around 2:30ptg.. dan diberi masa sejam setengah untuk shopping.
- Kami bergerak ke Homestay di Wakaf Baru. Disebabkan homestay kami agak jauh ke dalam dan bas kami tak boleh masuk, jadi kami kena berhenti dijalan luar dan ada 4×4 pick up kami dan beg. Kat situ agak penatlah sebab dah seharian tapi kami tetap enjoy sebab homestay tu ada pool, anak-anak pon enjoy the momen mandi pool.
- Malam tu kami makan di Restoran KST, antara restoran seafood yang famous di Kota Baharu. Selesai makan malam, kami ke Wakaf Che Yeh untuk sambung shopping dan kami kembali ke homestay pada jam 12:00 malam.
- Kami berehat dan esok pagi tu kami check out dari homestay jam 8 pagi dan menuju ke Kedai Kopitiam kita.
- Ini antara kedai sarapan pagi yang popular, alhamdulillah kami dapat special arrangement sebab dah booking terlebih dahulu.
- Selesai sarapan jam 10pg dan kami bergerak ke Kuala Terengganu untuk melihat Draw bridge dan juga beli keropok lekor di Kelulut.
- Perjalanan pulang mengambil masa lebih 12 jam sebab banyak persinggahan. Walaupun letih kami tetap enjoy sebab dapat spent time with family.
Akan Datang Ke Cameron Hinghlands Pula
Apabila ditanya mengenai kos untuk percutian kali ini, nyata tidaklah memerlukan kos yang tinggi. Apatah lagi bila adaya yang baik hati menaja bas untuk ke sana.
“Kalau nak kira kos, ikutkan setiap ahli rombongan hanya perlu bayar RM90 untuk dewasa dan RM45 untuk bayi dan kanak-kanak.
“Ini sebabnya ada yang sponsor untuk bayaran bas, yang lain-lain macam duit makan and shopping tu ikut poket sendirr. Tapi kebanyakkannya, time makan ada yang tolong bayarkan. Alhamdulillah.. kami sama-sama kongsi rezeki bersama keluarga.
“Apa yang pasti percutian keluarga sangat menyeronokkan. Next ada rancangan nak buat rombongan ke Cameron Highland pula.. tapi yang tu balik hari. Moga ibu bapa kami dan ahli keluarga kami yang lain diberi kesihatan yang baik dan boleh lah kami buat lagi aktiviti ni bersama,” ujarnya lagi.
Tempat Menarik Anda Boleh Singgah
Pulau Sri Tanjung di Tumpat ini buka setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja.
Nak ke sini kena naik perahu dari jeti Kok Majid dalam 5 minit ke 10 minit menyusuri sungai yang tenang.
Kalau suka makan, best la datang sini. Banyak makanan rambang mata. Atas perahu, di darat pun banyak gerai makanan.
Boleh duduk kat pulau ni dari pagi sampai petang, tenang makan nak bergambar pun banyak tempat menarik di sediakan.
Jadi kalau anda rasa nak plan buat hari keluarga, mungkin Kelantan boleh masuk list anda. Rancang awal-awal tempat mana yang best untuk disinggah. Lagi mudah!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source