Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan, Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu!
Penjagaan gigi susu tidak boleh dipandang ringan dan perlu dititikberatkan oleh ibu bapa dan anak itu sendiri. Ia adalah asas kepada kesihatan mulut dan gigi kekal sebaik kanak-kanak menginjak ke usia remaja dan memasuki alam dewasa.
Sekiranya tabiat penjagaan gigi yang baik tidak dipupuk sejak anak kecil iaitu ketika hanya memiliki beberapa gigi susu, ia akan memberi impak besar terhadap pembentukan gigi kekal yang sihat dan bebas sebarang masalah.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Iqbal Rosali, dalam memastikan perkara itu dapat dipraktikkan, ibu bapa individu paling rapat yang perlu mendidik gaya hidup sihat untuk anak mereka.
STIGMA GIGI SUSU YANG PERLU DIBETULKAN
❎ Gigi susu tak penting
Gigi susu penting sama seperti gigi kekal. Paling penting adalah untuk anak mengunyah makanan dan bercakap dan menyebut dengan betul.
❎ Biar gigi susu rosak sebab ada ganti
Gigi susu memang akan diganti dengan gigi kekal. Tetapi janganlah dibiarkan rosak kerana bila gigi rosak boleh berlaku jangkitan kuman dan menyebabkan gusi atau muka bengkak. Anak-anak juga mengadu sakit, demam dan susah mahu makan.
❎ Gigi susu jarang, gigi kekal akan jarang juga
Penyataan yang tidak tepat. Gigi susu jarang kerana saiz gigi yang kecil dan rahang anak-anak kita pula sedang membesar. Tulang rahang mulut yang membesar menyediakan ruang yang cukup untuk gigi kekal tumbuh.
❎ Gigi susu cantik gigi kekal susah tumbuh
Tidak ada kena-mengena. Gigi susu yang sihat dan cantik adalah sangat dipuji. Gigi kekal tumbuh mengikut jadual dan akan menghakis akar susu menyebabkannya longgar.
❎ Gigi susu rosak tidak apa
Janganlah begitu. Gigi susu yang rosak boleh memudaratkan kesihatan dan tumbesaran anak-anak.
❎ Gigi susu rosak, lebih baik cabut
Kalaulah semudah yang disebut. Budak-budak kecil tidak patut ditakutkan dengan doktor gigi dengan menunjukkan gigi rosak dan dicabut. Gigi susu yang rosak masih lagi boleh ditampal kalau lubang tidak terlalu besar atau dalam. Gigi susu juga menjadi panduan kepada gigi kekal untuk tumbuh. Kalau gigi susu dicabut awal, itu antara punca susunan gigi kekal menjadi tidak elok.
❎ Gigi susu susah nak dibersihkan
Susah dibersihkan kerana anak-anak kita tidak mahu gosok gigi. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bantu gosokkan gigi mereka sekurang-kurangnya sehingga mereka berumur 6 tahun. Aktiviti gosok gigi perlu dibiasakan sejak dari kecil lagi dan ibu bapalah seharusnya menjadi contoh.
❎ Gigi susu sahaja, tak perlu diperiksa di klinik gigi
Inilah kesilapan dan stigma negatif paling besar sekali. Ramai ibu bapa tidak membawa anak-anak ke klinik gigi seawal yang mungkin. Hanya apabila sakit baru bawa. Kanak-kanak hendaklah dibiasakan dengan persekitaran klinik gigi supaya mereka tidak takut bila besar kelak. Bawa anak untuk pemeriksaan gigi walaupun tidak sakit seawal gigi pertama tumbuh.
Dr Muhamad Iqbal
Pegawai Pergigian
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source