Anggota tak perlu pakai uniform ketika operasi, hanya perlu kemuka kad kuasa
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengesahkan anggota tak perlu pakai uniform ketika bertugas bagi tujuan penyamaran dalam operasi.
Kenyataan ini susulan tular satu video memaparkan tiga lelaki menahan sebuah bas ekpres bagi tujuan pemeriksaan dan mengaku mereka merupakan anggota JPJ.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, JPJ mengesahkan ketiga-tiga individu tersebut merupakan anggotanya yang sedang bertugas.
Anggota tak perlu pakai uniform ketika bertugas – JPJ
“JPJ Malaysia mengambil maklum mengenai video tular yang berkaitan tiga orang anggota penguat kuasa JPJ tidak memakai uniform atau vest ketika melakukan operasi.
“Jabatan ini ingin mengesahkan bahawa ketiga-tiganya adalah pegawai penguat kuasa JPJ,” katanya.
JPJ turut menjelaskan jabatannya telah melaksanakan Operasi Khas Raya Aidil Fitri (HRA) 2024 yang mana anggotanya melakukan pelbagai kaedah pemeriksaan termasuklah melakukan penyamaran.
“Menerusi video yang viral tersebut, tiga orang anggota penguat kuasa JPJ tanpa uniform atau vest sedang melakukan pemeriksaan dan menahan sebuah bas penumpang.
“Bas itu ditahan ketika operasi khaas pada 16 April 2024 lebih kurang 12.10 tengahari di Lebuhraya PLUS menghala ke arah Utara Nilai menggunakan kaedah penyamaran,” ujarnya.
Dalam pada itu, JPJ turut menegaskan anggotanya dibolehkan untuk tidak memakai uniform atau vest bagi tujuan penyamaran ketika melakukan operasi.
Walaubagaimanapun, anggota itu perlu mengemukakan pengenalan diri (kad kuasa) yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah sekiranya diminta berbuat demikian.
Artikel lain: “Semua dah tercemar” – Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau mengaku buang beras
JPJ turut memaklumkan kedua-dua pihak di dalam video tersebut telah membuat laporan polis dan kes tersebut sedang dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
JPJ sahkan anggota tak perlu pakai uniform ketika bertugas
“Semua pihak dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut dan memberikan ruang kepada pihak PDRM untuk melakukan siasatan penuh,” katanya.
Terdahulu, satu video tular di media sosial memaparkan seorang pemandu bas ekpres yang ditahan oleh beberapa individu di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban.
Menerusi video tersebut, pemandu bas ekpres itu enggan memberikan kerjasama kepada anggota tersebut kerana ketiga-tiga individu yang menahannya tidak memakai uniform atau vest.
Anggota tak perlu pakai uniform ketika bertugas dalam operasi
@ehailing.fm video kini tersebar menunjukkan seorang pemandu bas bertengkar mulut dengan anggota JPJ yang dalam operasi penyamaran. kredit tuan video #jpj #mot #bas
Menurut pemandu bas ekpres itu, dia merupakan bekas anggota JPJ disamping berkata mana-mana pegawai bertugas perlu memakai uniform atau vest.
Sumber: Facebook JPJ Malaysia, TikTok @ehailing.fm
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source