Tak sindir sesiapa pun, niat Aliff Aziz senyum untuk kembalikan semangat!
Pelakon Aliff Aziz memberitahu tak sindir sesiapa berkenaan video senyuman yang dikongsikan di IG story, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aliff di laman Instagramnya, dia berkata tujuan video tersebut hanya untuk mengembalikan semangatnya.
Tak sindir sesiapa
“Assalamualaikum. Senyum tanpa niat untuk menyindir sesiapa dalam isu yang sangat penting juga diputar agar menampakkan seperti saya sengaja mempermainkan isu yang sedang memberi impak besar dalam hidup saya dan keluarga.
“Saya maafkan semua yang mengambil kesempatan untuk keruhkan lagi keadaan. Saya hanya cuba untuk membuatkan diri saya berdiri semula dengan senyuman yang lama hilang,” katanya.
Artikel lain: Lama menyepi di IG, Aliff Aziz kongsi video kenyit mata menggoda
Susulan itu, dia memohon maaf sekiranya senyuman yang diberikan membuatkan orang ramai berasa tidak selesa.
“Saya juga minta maaf sekira dengan senyuman ini membuat ramai gembira dengan memutar belitkan perkara yang tidak ada asasnya,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Aliff telah merakam dirinya sambil menggunakan lagu nyanyian Kelly Clarkson berjudul ‘Since U Been Gone’ telah berjaya tarik perhatian ramai.
Terdahulu, Aliff Aziz yang ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies enggan untuk melafazkan cerai terhadap Bella Astillah atas alasan masih sayang dan meminta masa kepada orang ramai dalam membuat keputusan.
Sumber: Instagram @Aliff Aziz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source