Netizen geli warga asing jaja makanan ala Mumbai di KL
Netizen geli warga asing jaja makanan ala Mumbai di pusat bandar Kuala Lumpur selepas melihat video tular di media sosial sejak semalam.
Video berdurasi 23 saat itu memaparkan warga asing menjaja jualan makanan ala ‘street food’ dari negara India.
Warga asing jaja makanan ala Mumbai
Premis berkenaan juga dikerumini warga asing dan ia dipercayai beroperasi berhampiran Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah pada setiap Jumaat.
Menerusi video tular, jelas kelihatan penjaja warga asing itu menyediakan makanan tanpa menggunakan sarung tangan mahu pun senduk sekali pun.
Malah, tangan itu jugalah yang digunakan oleh mereka untuk membungkus makanan dan mengambil wang daripada pelanggan yang membuat pembayaran tanpa membasuh ia terlebih dahulu.
Netizen geli warga asing jaja makanan
Penularan video tersebut membuatkan ramai meluahkan rasa geli melihat keadaan dan cara penjaja tersebut menguruskan perniagaan mereka.
“Ni kat Malaysia woii, bukan kat luar negara. Menangis orang KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ni kalau jumpa depan-depan,”ciap pengguna platform X (dulu dikenali Twitter).
Artikel lain: Selamba jual jagung bakar depan KLCC, penjaja warga asing digempur
Mana pergi penguat kuasa?
Aktiviti penjaja warga asing nyata mendapat reaksi negatif netizen yang mempersoalkan aspek perundangan dan kebersihan makanan selain merosakkan imej negara.
Orang awam mendesak tindakan tegas dilakukan ke atas mereka sama seperti penjaja tempatan yang sering dikenakan tindakan sita dan kompaun bagi yang tidak memiliki lesen.
Mereka juga kurang senang melihat akan kelemahan sistem penguatkuasaan yang dilihat seolah terlepas pandang terhadap aktiviti penjajaan tersebut yang didakwa telah beroperasi sejak sekian lama.
Sumber: X MALAYSIAVIRALLL
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source