Berniqab tapi peluk lelaki, netizen dakwa Ruhainies persenda agama?
Pelakon sensasi, Ruhainies kembali mengundang kecaman netizen setelah tindakannya yang memeluk seorang lelaki bukan mahram selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah, dianggap tidak sopan dan jelik.
Netizen dakwa Ruhainies persenda agama?
Foto: Hlive
Berpelukan dengan kawan lelaki
Menerusi pautan video yang dikongsikan, Ruhainies dilihat berpelukan dengan kawan baik lelaki yang menyambut ketibaannya setelah pulang dari Tanah Suci.
Dalam pada itu, pelakon terbabit dan kakaknya, Risteena Munim dilihat masih mengenakan jubah dan niqab berwarna hitam sekali gus mengundang tanda tanya buat netizen.
Netizen mendakwa bahawa tindakan Ruhainies yang mengenakan pakaian sunnah tetapi melakukan perkara tidak baik seolah-olah mempersendakan agama Islam.
Rata-rata pengguna media sosial turut menyuarakan cara berpakaian Ruhainies yang dilihat tidak sepenuhnya mematuhi syariah kerana tidak memakai stoking lengan dan membiarkan sahaja tangannya kelihatan bukan mahram.
Purdah tapi peluk bukan mahram
Lengan nampak, dada nampak. Apa motif?
Berpurdah tapi peluk lelaki
Kawan lelaki Ruhainies mohon maaf
Sementara itu, rakan baik Ruhainies yang dikenali sebagai Zahar Bubu dilihat telah memuat naik status meminta maaf dan mengaku kesalahan yang dibuatnya selain bertindak memadam video berkenaan.
Artikel lain: Adik luah bangga, Ruhainies ikhlas hati maafkan penghina
Foto: IG @zaharzbubu
Terdahulu, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas mengerjakan ibadah umrah sekali gus menjalani ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri di sana.
Sebelum itu, Ruhainies terpalit kontroversi melibatkan Aliff Aziz susulan mereka dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Sumber: IG Hlive
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source