Daging Masak Kicap Paling Sedap. Lelaki Ini Kongsi Resipi Air Tangan Mak Mentua
Istimewa di bulan Ramadan ini, Majalah RASA membawakan Rasa Ramadan Special Live buat para ‘followers’ setia. Bersiaran secara ‘LIVE’ di page FB pada setiap Khamis hingga Sabtu para penonton disajikan dengan pelbagai resipi menarik yang mudah, sedap dan enak melekat yang dikongsi oleh bersama tetamu jemputan yang terdiri daripada barisan chef, vip dan juga instafamous tersohor.
Selain berkongsi resipi, para pelayar juga boleh berinteraksi bersama tetamu jemputan dan berkongsi pelbagai tip serta petua masakan. Memang menarik dan berinformasi.
Dihoskan oleh Sis Mas, pada minggu ini Rasa Ramadan Special Live telah menjemput Chef Razak, Datin Nor Hafizah Saad dan Chef Asma sebagai tetamu istimewa. Memang terliur melihat menu-menu yang mereka kongsikan.
Sedikit pengenalan mengenai para tetamu di minggu ketiga ini:
Chef Abd Razak Abdullah berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang kulinari. Berkhidmat di Kumpulan Pendidikan YPJ, khidmatnya bukan sahaja di Malaysia, malah kepakarannya turut ditagih di peringkat antarabangsa. Beliau turut menggalas tugas Ketua Chef pada majlis-majlis tertentu yang memerlukan kepakaran dan khidmat pengurusan yang amat teliti dalam sajian berprofil tinggi.
Datin Nor Hafizah Saad pula adalah pengasas Ar Rayyan Hijrah Resources. Suka memasak dan tangkas di dapur. Malah ilmu-ilmu dalam bidang masakan ini beliau timba sejak dari kecil lagi sewaktu membantu ibu memasak untuk gerai jualan.
Manakala Chef Asma pula merupakan Pensyarah Unitar, pemilik Chef Asma Studio dan pakar Kuih Talam No 1 di Malaysia. Aktif menyertai pertandingan kulinari di dalam dan luar negara dan terbaru beliau berjaya memenangi Pingat Emas di Jakarta dalam kategori Kuih Jajanan Pasar Tradisional.
Ha..Bukan calang-calang sifu tau kami bawakan buat anda. Semuanya mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing.
Nak cuba resipi-resipi yang mereka kongsikan? RASA kongsikan resipi penuh buat anda.
1. KEEMA KAMBING ( CHEF RAZAK)
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging kambing cincang @ kisar
BAHAN A:
- 7 tangkai cili kering | potong kecil
- 2 helai daun bay
- 3 biji buah pelaga
- 1 keping kulit kayu manis
- 2 biji bawang kecil | kisar
- 1 sudu makan bawang putih | kisar
- 1 sudu makan halia | kisar
BAHAN B:
- 1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu makan garam masala
- 3 sudu makan tairu
- 3 sudu makan emping cili (chilli flakes)
- 2 biji tomato | hiris baji
- 150ml air
- 3 biji cili hijau | patah-patahkan
- 2 biji kentang | potong dadu
- 1 tangkai daun ketumbar | potong kasar
- 1 batang lobak merah | hiris
CARA MEMASAK:
1. Tumis cili kering, daun bay, buah pelaga dan kulit kayu manis dan bawang merah. Tumis hingga garing.
2. Masukkan bawang putih. Tumis seketika diikuti halia. Goreng lagi hingga garing.
3. Masukkan hirisan tomato. Goreng seketika. Masukkan juga ubi kentang. Tuang sedikit air supaya kentang cepat empuk. Kacau.
4. Masukkan hirisan lobak merah dan emping cili. Gaul hingga rata. Tambah air seikit lagi supaya tidak kering sangat.
5. Bila tomato layu, masukkan serbuk kunyit, serbuk jintan putih, garam masala dan serbuk ketumbar. Tuang air sedikit supaya jadi seakan pes. Tumis lagi hingga wangi.
6. Masukkan daging kisar. Gaul sebati dan biar hingga separuh masak. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
7. Tambahkan tairu (boleh ganti dengan santan atau yogurt). Kacau sebati.
8. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau biar mendidih.
9. Seterusnya masukkan cili hijau yang dipatah-patahkan. Kacau dan perlahankan api supaya bahagian dasar periuk tidak hangus.
10. Masukkan daun ketumbar supaya sajian jadi lebih wangi. Biar Keema mereneh selama 5 minit sebelum diangkat.
11. Tabur sedikit jintan putih dan emping cili bagi menghasilkan Keema yang nampak lebih menarik.
12. Angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama capati, roti nan atau ikut selera masing-masing.
2. AYAM MASAK PERAK ( DATIN NOR HAFIZAH SAAD)
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | digaul dengan ½ sudu besar serbuk kunyit dan garam secukupnya
- 5 ulas bawang putih | dihiris
- 5 biji bawang merah kecil | dihiris
- 1 1/2 batang kulit kayu manis
- 3-4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 sudu besar kerisik
- 1/2 cawan kicap manis
- Garam secukup rasa
- 1 biji bawang besar | dihiris untuk ditaburkan lepas memasak
BAHAN KISAR SEKALI:
- 2 genggam cili kering | direbus dan tos
- 3 biji bawang besar | dikisar
- 1 labu bawang putih | dikisar
- 3 inci halia | dihiris dan digoreng dan dikisar
- 1 sudu kecil jintan manis | disangai dan dikisar
CARA MEMASAK :
- Ayam goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Halia dihiris, digoreng dan dikisar bersama cili kering, jintan manis, bawang putih dan bawang besar. Masukkan sedikit air (paras bahan) masa kisar.
- Tumis hirisan bawang putih, bawang merah dan juga kulit kayu manis, biji pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
- Kemudian tuangkan bahan yang telah dikisarkan tadi. Masukkan juga kerisik, kicap dan garam.
- Bila bahan tumisan telah pecah minyak, masukkan ayam. Kacau rata.
- Biarkan mereneh dan akhir sekali masukkan hirisan bawang besar. Gaul seketika.
- Ayam Masak Perak sedia untuk dihidangkan.
3. LAPIS LUMUT KACANG HIJAU
(Loyang 10x10x2.5 inci )
ADUNAN A : (LAPISAN KUNING)
- 200 gm gula pasir
- 150 gm tepung beras
- 100 gm tepung gandum
- 1 sudu makan tepung ubi
- 250 ml santan pekat
- 600 ml air
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh pewarna kuning telur @ secukupnya
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan diatas , tapis & jadikan 1200 ml. ( jika tak cukup tambah air ). Bahagi kepada 4 bahagian.
ADUNAN B : (LAPISAN HJAU)
- 150 gm tepung kacang hijau
- 100 gm tepung gandum
- 80 gm tepung ubi
- 200 gula pasir
- 250 ml santan pekat
- 600 ml air
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh pewarna hijau epal
CARA-CARA :
1. Satukan semua bahan diatas , tapis & jadikan 1300 ml.(jika tak cukup tambah air).Bahagi kepada 4 bahagian
CARA MELAPIS:
1. Bahagi setiap adunan kepada 4 bahagian , kukus lapisan kuning dahulu,apabila masak,kukus lapisan kedua adalah hijau.
2. Ulangi langkah No. 1 hingga ke lapisan ke lapan.
3. Kukus setiap lapis selama 8 minit – 10 minit & setiap lapisan hendaklah dicakar dengan garfu.
4. Kukus bahagian ahkir selama 15 minit. apabila masak angkat dan sejukkan di suhu bilik sebelum dipotong dengan Pembaris Talam Ciptaan Chef Asma.
ANDA JUGA BOLEH TONTON RASA RAMADAN SPECIAL LIVE:
KEEMA KAMBING ( CHEF RAZAK)
https://www.facebook.com/78711833738/videos/2688681921456794/
AYAM MASAK PERAK
https://www.facebook.com/78711833738/videos/538909886819964/
LAPIS LUMUT KACANG HIJAU
https://www.facebook.com/majalahrasa/videos/721470905258678/
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source