“Mohd Shahrizan seorang baik hati, senyuman tak pernah tinggal”
Influencer CEO Batu mendedahkan salah seorang mangsa yang meninggal dunia dalam nahas helikopter terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut iaitu Pegawai Waran II TMK (AQM) Mohd Shahrizan Mohd Termizi adalah sahabat baiknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh CEO Batu di laman Facebooknya, dia memberitahu kali terakhir berjumpa dengan arwah ketika di LIMA Langkawi, tahun lalu.
Mohd Shahrizan
Artikel lain: “Kawan ibu suruh ambil adik, ibu dah tiada” – Anak Nor Rahiza
“Salah seorang sahabat saya Mohd Shahrizan telah meninggal dunia dalam kemalangan helikopter ketika membuat latihan semalam yang melibatkan 10 terkorban.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah adalah ketika LIMA langkawi tahun lepas bersama rakan saya bizi burn dan juga nayiem di @campcafelangkawi. Arwah siap memberi hadiah kepada kami iaitu baju LIMA yang saya simpan sampai sekarang,” katanya.
Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan meskipun arwah memiliki raut wajah yang garang namun, Shahrizan merupakan seorang baik hati, ramah dan senyumannya tidak pernah luntur di bibir ketika bertemu dengan sahabat.
Mohd Shahrizan
Dalam pada itu, CEO Batu mendoakan agar keluarga arwah diberikan kekuatan selepas kehilangan insan tersayang dan berharap sahabat baiknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Sepanjang saya mengenali arwah, arwah memanggil saya dgn panggilan “bang” sedangkan dia tua lagi daripada saya. Saya panggil dia abang, dia pun panggil saya abang.
“Arwah merupakan baik hati, ramah, walaupun raut wajah kelihatan ganas tapi arwah merupakan seorang yang baik. Senyuman tak pernah tinggal bila jumpa saya.
“Semoga keluarga arwah kuat selalu dan moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” ujarnya lagi.
Media hari ini melaporkan seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milik TLDM terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi ini.
Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di situ dilaporkan sedang menjalani Latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
Sumber: Facebook @CEO Batu
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source