Caprice kena ‘game’! Minta Aliff Aziz buat laporan polis, serah segala bukti
Penyanyi rap sensasi, Caprice minta pelakon Aliff Aziz buat laporan polis berhubung kes ‘kecurangan’ isterinya, Bella Astillah kepada pihak berkuasa bagi menyelesaikan masalah.
Kronologi keterlibatan Caprice
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dalam hantaran Instagram berkata, segalanya bermula selepas dia memuat naik video ulasan mengenai kes tangkap khalwat Aliff Aziz dan aktres Ruhainies.
Kemudiannya, Bella meminta dia menurunkan konten yang mengandungi dirinya dan aktor baru, Muaz Zabir kerana didakwa berlaku curang juga selain Aliff.
Menurut Caprice, konten tersebut diminta diturunkan kerana Bella takut anak-anaknya nampak selain mereka bersetuju untuk berjumpa.
“Cap (Caprice) cakap okey, cuma selepas berita pasal Muaz tu keluar, ada mangsa-mangsa lain yang DM Cap dan minta tolong.
“Kita share dengan Bella dan dia pun setuju untuk jumpa,”kata Caprice.
Aliff hubungi Caprice, dedah masing-masing tak setia
Dedah Caprice lagi, Aliff ada menghubunginya dan menjelaskan masalah yang berlaku dalam rumah tangganya adalah disebabkan ketidaksetiaaan pasangan masing-masing.
Caprice bagaimanapun meminta bukti kepada penyanyi asal Singapura itu bagi membuktikan Bella sebenarnya berlaku curang.
Aliff kemudianya memberikan bukti dengan memaparkan lebih 400 gambar termasuk video, tiket penerbangan antara isterinya dan Muaz.
Caprice nasihat Aliff Aziz buat laporan polis
Tidak berdiam diri, Caprice menasihati Aliff untuk membuat laporan polis dan menyerahkan segala bukti kepada pihak berkuasa.
“Dia (Aliff Aziz) buat (laporan polis) sebelum raya. Cuma dia tidak bagi tahu sesiapa termasuk media atau membuat sebarang hantaran media sosial,”dedah Caprice lagi sambil menyertakan gambar Aliff di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Artikel lain: Caprice dedah skandal Aliff Aziz pernah DM, belum sempat ulas sebab jaga anak
Muncul Sarah Yasmine datang minta bantuan
Selepas itu, seorang wanita dikenali Sarah Yasmine datang meminta bantuan dengan meninggalkan pesanan pada ruangan mesej di Instagram.
Dakwa Caprice, Sarah Yasmine meminta untuk membantu menghubungi Aliff Aziz bagi menyelesaikan masalah dengan Bella Astillah.
“Dia minta tolong Cap untuk hubungi Alif untuk selesaikan semua ini bersama Bella,”kata Caprice.
Dakwa kena game! Caprice tarik diri
Akan tetapi, perancangan asal Yasmine untuk menemukan Bella Astillah dan Aliff tidak kesampaian apabila wanita itu mengubah perancangan secara tiba-tiba.
Susulan itu, pelatun lagu Takde Hal Bro meminta untuk menarik diri dan menasihati agar tidak datang mencarinya bagi menyelesaikan masalah.
Dedahnya, isterinya, Farra Inalis terpaksa menjadi mangsa ‘serangan’ netizen selepas tular tangkap layar namanya terpalit dalam konflik tersebut.
Nama Caprice menjadi panas selepas wanita dipercayai kekasih gelap Aliff Aziz berkongsi tangkap layar perbualan aktor itu bersama Ruhainies.
Selain penyanyi rap tersebut, nama pelakon Emma Maembong dan Chacha Maembong turut terpalit dalam kes tersebut.
Sumber: Instagram Caprice
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source