Kes selesai! Caprice-Bella Astillah berdamai, dah padam gambar & video
Kes selesai!
Selebriti Caprice dan Bella Astillah akhirnya berdamai setelah konflik dan salah faham yang tercetus antara mereka sejak semalam tular dan menjadi bualan hangat warganet.
Kedua-duanya telah mencapai kata sepakat dan memilih untuk berdamai selepas masing-masing memuat naik hantaran di media sosial, sebentar tadi.
Kes selesai! Caprice- Bella Astillah berdamai
Dalam hantaran berikut, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah memuat naik foto tangkap layar panggilan video bersama pelatun lagu Baby Sayang.
Ia sekali gus memberi bayangan hubungan mereka berdua kini baik selepas saling berbalah dalam media sosial.
“Caprice and I are cool (saya dan Caprice kini okey). Selesai.”tulisnya dalam ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Artikel lain: Tuduhan paling berat! Caprice nafi ‘create’ bukti sendiri, dedah semua di Telegram
Sementara itu, Caprice juga berkongsi rakaman panggilan video bersama Bella da ia turut dihadiri oleh isteri penyanyi rap itu sendiri, Farra Inalis.
Tiada lagi gambar & video
Sebelum ini, penyanyi berusia 34 tahun itu memaklumkan dia mahu mengemukakan semua bukti yang terdiri daripada video, gambar dan tiket penerbangan di sebuah grup Telegram.
Tindakan tersebut dilakukan selepas pengurus peribadi Bella Astillah, Niel Rafeq bersuara dan menjelaskan mengenai dakwaan bertebaran di media sosial.
Bagaimanapun semua gambar dan video tersebut telah dipadam termasuk pada hantaran di Instagram Stories milik Caprice.
Alhamdulillah
Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara mereka.
Sumber: Instagram Bella Astillah, Caprice
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source