Shuhada pula bersuara, bengang dengan individu guna agama tutup kesalahan
Susulan isu curang yang hangat diperkatakan, bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada pula bersuara dan meluahkan rasa bengang dengan individu yang menggunakan agama untuk tutup kesalahan
Menerusi satu perkongsian di InstaStory, Shuhada atau lebih mesra dikenali sebagai Shu berkata jika seseorang itu pernah curang maka dia akan sentiasa mengulangi perbuatan itu.
Shuhada pula bersuara, bengang dengan individu guna agama
“Terbukti eh kalau sekali curang akan selalu curang. Kenapa pilih jalan ni?
“Kita sebagai perempuan yang tak kacau hak orang ni nak hidup tak nak main agama, nak redha Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Shu turut mengecam individu yang menggunakan agama untuk kepentingan diri namun pada masa yang sama menghancurkan rumah tangga orang lain.
“Allah tak pernah suruh hancurkan rumah tangga orang, ingat tu! Jangan tunggang agama, jangan mainkan agama Allah!” ujarnya.
Tambahnya, wanita mahukan lelaki yang mampu membimbing mereka dan bukan lelaki yang menggunakan agama untuk berlaku curang.
“Kita semua perempuan nak lelaki yang tahu agama dan praktikkan agama dengan baik.
“Bukan kau beriya tunjukkan jaga lima solat tapi belakang kau curang. Nauzubillah,” ujarnya.
Dipercayai, hantaran ini berkait dengan isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu isu antara selebriti Aliff Aziz, Bella Astillah, Ruhainies dan kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine.
Ini kerana pada hantaran yang sama, Shu turut menulis beberapa akronim yang telah digunakan oleh Aliff dan Ruhainies dalam perbualan mereka iaitu ‘L U’, ‘M U S M’ dan ‘T P M’.
Terdahulu, Aliff ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah namun kedua-dua pelakon itu menafikan mempunyai sebarang hubungan.
Tidak lama kemudian, isteri kepada Aliff iaitu Bella memfailkan cerai atas alasan tiada sudah persefahaman dan mawaddah pada 13 Mac lalu.
Namun begitu, Aliff enggan menceraikan Bella kerana menurut aktor berkenaan, dia masih menyayangi isterinya dan perlukan masa lebih lama.
Baru-baru ini, kekasih gelap Aliff, Sarah tampil mendedahkan hubungannya dengan aktor itu dan berkata hubungan mereka bermula sejak Januari 2024.
Tidak cukup dengan itu, Sarah turut memuat naik foto perbualan antara Ruhainies dan Aliff yang membuktikan mereka mempunyai hubungan lebih daripada kawan.
Ruhainies telah membuat permohonan maaf dan meminta Bella dan Sarah untuk bertemu dengannya bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.
Bagaimanapun, ramai netizen menasihati Bella untuk tidak bertemu dengan Ruhainies manakala Sarah pula telah menolak pelawaan daripada Ruhainies itu.
Sumber: Instagram Shu Shukri
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source