‘Banned’ Aliff Aziz & Ruhainies? Seniman tunggu keputusan mahkamah
“Tunggu keputusan mahkamah,”demikian jawab Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi.
Zed Zaidi tampil mengulas mengenai isu hangat yang sedang diperkatakan di media sosial berhubung pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz.
Seniman tunggu keputusan mahkamah
Memetik laporan NST, Zed Zaidi berkata isu membabitkan Ruhainies dan Aliff Azizi itu terlalu peribadi.
“Kita (Seniman) harus bersikap profesional dan terus bekerjasama dengan artis sebegini, terutamanya apabila mereka mempunyai bakat dan etika kerja yang baik.
“Tetapi, jika mahkamah mendapati mereka bersalah atas kesalahan tertentu termasuk khalwat, maka hanya kita yang akan berkata ‘tidak’ kepada mereka,”katanya.
Artikel lain: Seniman sedia bantu Aliff Aziz jika ada masalah mental – Zed Zaidi
Tak boleh sesuka hati ‘banned’
Disoal sama ada pihak Seniman akan ‘blacklist’ artis bermasalah seperti itu ataupun tidak, Zed Zaidi memberitahu pihaknya perlu mengikut prosedur dan tidak boleh sesuka hati ‘blacklist’ mana-mana artis selagi keputusan mahkamah tidak dijatuhkan kepada mereka.
“Dia macam ini, dari pihak Seniman kami akan ikut prosedur. Kami tak boleh banned orang sesuka hati sebab kami ada proses. Contoh kes jenayah, kami kena ada laporan polis, tunggu polis buka kertas siasatan sehingga mahkamah menjatuhkan keputusan. Sekiranya dia bersalah, baru kami akan gantung atau blacklist.
“Dalam kes Aliff dan Ruhainies, kalau semakin parah dan mereka tak boleh selesaikan, Seniman boleh buat satu surat dan hantar kepada semua stesen televisyen dan persatuan yang terlibat supaya blacklist secara menyeluruh dilakukan.
“Cuma sekarang ini kita nampak syarikat produksi banned artis secara ‘runcit’. Dia ada pelbagai kategori. Produksi A mungkin banned tetapi produksi B tidak sebab dia suka artis tu.
“Tambah sekarang zaman media sosial yang menagih kontroversi secara tak langsung ia akan mempopularkan drama atau filem yang produksi B buat. Jadi produksi B mungkin suka dari segi marketing. Oleh sebab itu, Seniman boleh memberi saranan kepada mereka.
“Sekiranya ambil artis tersebut dan masalah yang sama berlaku, kami Seniman tak akan bertanggungjawab,”jawabnya.
Dalam pada itu, Zed Zaidi menasihati golongan selebriti untuk terus menjaga imej agar ia tidak merosakkan karier mereka pada masa akan datang.
“Untuk menjadi pelakon atau pelakon yang popular disegani, mereka perlu bekerja keras. Tetapi satu kesilapan boleh merosakkan kerjaya anda,” katanya sambil menambah bahawa tingkah laku artis yang skandal menjejaskan imej industri.
Tambah Zed Zaidi, pihaknya sedang menuju ke arah mengeluarkan surat kepada semua pihak stesen televisyen dan persatuan sekiranya isu yang sedang berlaku ini tidak dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua artis ini.
Sumber: NST
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source