Sarah Yasmine cuma mahu bongkar sikap Ruhainies, kesian Aliff Aziz dikecam
Kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine cuma mahu bongkar sikap aktres Ruhainies sahaja bagi menangis tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dia mengatur komplot bersama Bella Astillah untuk menjatuhkan ‘skandal’ aktor tersebut.
Cuma mahu bongkar sikap Ruhainies
Wanita berusia 24 tahun itu berkata, kedatangannya ke Kuala Lumpur sejak tiga minggu lalu tidak diketahui isteri Aliff, apatah lagi memperincikan butiran pendedahan yang mahu dilakukan.
Jelasnya, pendedahan yang dilakukan di media sosial baru-baru ini adalah kerana tidak sanggup melihat Aliff terus dikecaman netizen selepas ditangkap berkhalwat dengan Ruhainies.
“Hari saya keluarkan kenyataan itu adalah hari terakhir saya berhubung dengannya dan menyekat dia,”katanya.
Artikel lain: Sarah Yasmine minta netizen bersikap rasional & beradab, beri sokongan kepada Aliff Aziz
Sarah berkata, dia berbuat demikian kerana tidak mahu ada sebarang komunikasi di antara mereka dihidu oleh Ruhainies.
“Saya tahu, apa-apa yang dia (Aliff) cakap pasti ada berbincang dengan Ruhainies. Jadi, saya tak mahu mengikut kebodohan mereka.
“Sejujurnya, saya mati-mati nak kenakan Ruhainies sahaja,”katanya lagi.
Ujar ibu tunggal dua anak itu, Aliff masih tidak memahami tujuan pendedahan dilakukannya itu adalah semata-mata mahu melindungi lelaki itu daripada dipersalahkan masyarakat.
Hubungan tak lebih daripada kawan biasa
Dalam pada itu, Sarah turut menjelaskan hubungannya dengan pelatun lagu Sayang Sayang hanya sekadar kawan biasa kerana sedar akan status penyanyi itu sebagai suami kepada Bella Astillah.
“Kalau dia (Aliff) nak lebih daripada sekadar kawan, dia boleh tanya saya semula selepas dia bercerai nanti.
“Sebab dia ada tanya kalau saya nak jadi dia punya teman wanita atau tidak tapi saya tahu batas saya,”jelas Sarah.
Kredit foto: Media Mulia
Perlu bantu Aliff meski bakal dikecam & dedah aib
Sarah berkata, dia perlu tampil membantu aktor itu walaupun sedar bakal berdepan dengan kecaman kerana mendedahkan aibnya sebagai penyondol.
“Ketika itu saya sangka Bella sudah mempunyai teman lelaki seperti diperkatakan Aliff, jadi saya teruskan sahaja hubungan dengan Aliff tanpa sebarang masalah.
“Malah Bella juga tidak menyatakan nama saya dalam senarai 11 wanita yang didakwa menjadi pengganggu rumah tangga mereka.
“Jadi sebelum saya dedahkan hal sebenar, saya hubungi Bella dulu,” ujar wanita asal Singapura ini.
Sumber: mStar Online (Faiz Izzat, Maszuhaira Sarimin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source