Didi Astillah hilang sabar, geram lihat Ruhainies buat muka sedih waktu ‘interview’
Adik kepada selebriti, Bella Astillah iaitu Didi Astillah hilang sabar sewaktu menonton temu bual Ruhainies yang bersungguh memohon maaf dan ingin berdamai susulan kontroversi yang melanda.
Selama ni pilih berdiam
Didi atau nama sebenarnya, Dayang Nazilah Awang Astillah juga mempersoalkan tindakan Ruhainies yang baru muncul memohon maaf sekarang selepas kontroversi semakin ‘menggila’.
“Selama ni didi diam je tau tapi adik beradik blah sana duk backup2 dia siap buat fake statement tangkapan khalwat. Tapi bila nampak si manipulator ni buat interview niatnya nak minta maaf lah berdamai lah terus ringan jari ni nak menaip,” ujarnya.
Didi Astillah hilang sabar, persoal kenapa sekarang?
Tambah Didi lagi, kakak sulungnya itu sedang bekerja di China dan tiba-tiba sahaja muncul temu bual Ruhainies yang seakan ‘murni’ mahu berdamai sedangkan sewaktu kes tangkap khalwat dia hanya mendiamkan diri.
“Kaklong saya tu tengah sibuk kerja kat China. Kenapa sekarang? Kenapa bukan masa kes khalwat? Dah lah kau fitnah sini sana…” tulisnya.
Artikel lain: Ruhainies bersungguh minta maaf, Bella Astillah ‘palau’ panggilan telefon
Didi Astillah hilang sabar, lihat muka Ruhainies minta berdamai
Ujar Didi, selepas pelbagai fitnah dan tohmahan dibuat, tiba-tiba sahaja Ruhainies muncul dan membuat muka sedih memohon untuk berdamai memandangkan kecoh tentang tangkapan layar mesej-mesejnya bersama Aliff Aziz didedahkan oleh seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine.
“Tiberrr je sekarang buat muka sedih konon nak berdamai hanya SELEPAS VIRAL PERBUALAN DIA BER L U , L U S M tu. Korang tolong la mention dia k sebab tak boleh mention dia…
Padahal saya tak pernah eh KACAU dia. Dia yg KACAU rumahtangga kaklong saya,” ujarnya.
Terdahulu, Ruhainies yang dikaitkan dengan aktor Aliff Aziz telah tampil perdana dalam temu bual di Melodi TV3 memohon kemaafan daripada Bella Astillah dan semua yang terlibat.
Dia mngakui kekhilafannya dan berharap akan ada perdamaian antara mereka serta bersedia untuk bertemu bagi menjernihkan segala masalah yang terjadi.
Dia akui bahawa semua ujian yang berlaku menjadi pengajaran buatnya dan sempat trauma susulan kejadian tangkap khalwat pada awal Mac lalu.
Sumber: Instagram Didi Astillah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source