Siapa Sebenarnya Pencipta Shopee Yang Menjadi Tempat Orang Malaysia Beli Baju Raya Murah?
Pada 2005, Steve Jobs bagi ucapan di Universiti Stanford. Forrest Li Xiaodong dapat inspirasi daripada ucapan tersebut.
“Stay hungry, stay foolish,” ayat ini sebenarnya yang mendorong beliau untuk memulakan karier keusahawanannya.
Dalam dua dekad selepas itu, Forrest Li menjadi orang terkaya Singapura dengan kekayaan sebanyak USD 19.8 bilion.
Macam mana sebenarnya Forrest Li berjaya di tahap ni?
Dilahirkan pada tahun 1978 di Tianjin. Beliau mengambil jurusan kejuruteraan di Universiti Jiao Tong Shanghai.
Nama Forrest yang beliau gunakan datang daripada seorang pensyarah Amerika yang tak dapat sebut nama asalnya. Selepas tamat pengajian, beliau bekerja sebagai pengurus HR Motorola.
4 tahun kemudian, beliau berhenti kerja untuk lanjutkan pengajian di Stanford.
Kemudian, beliau sertai sebuah syarikat baru, GGgame, yang diasaskan oleh rakan alumninya, Chen Ou.
Namun berlaku perselisihan antara Chen dan Forrest Li yang menyebabkan Chen menjual 35% pegangannya dalam GGgame dengan harga USD 700,000 pada 2008.
Selepas Chen pergi, Forrest Li tukar nama GGgame kepada Garena secara rasmi pada 2009. Yep, ni lah syarikat yang keluarkan FIFA Online yang korang main kat CC tu.
Selain FIFA Online, Forrest Li berjaya dapatkan hak penerbitan eksklusif tajuk hit global, League of Legends untuk pasaran Asia Tenggara.
Ketika empayar permainan videonya berkembang maju, Forrest Li beralih bidang ke menceburi pasaran e-dagang dan perkhidmatan kewangan.
Pada tahun 2015, beliau lancarkan Shopee, platform dalam talian yang kini semua orang guna untuk beli barang raya termasuklah saya.
Shopee itu bersaing secara langsung dengan Lazada yang disokong Alibaba yang diasaskan tiga tahun sebelumnya.
Malah Amazon juga cuba masuk pasaran Asia Tenggara pada 2017, tapi Shopee berjaya memecah belahkan gergasi perdagangan tersebut dari rantau ini.
Disebabkan pembeli terpikat dengan konsep harga berpatutan dan penghantaran percuma, Shopee memintas dominasi Lazada menjadi platform yang paling banyak dikunjungi di Asia Tenggara pada 2019.
Menurut iPrice , lonjakan Shopee sebahagian besarnya didorong oleh pengguna di Indonesia dan Thailand.
Shopee juga lebih popular daripada Lazada di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand dan Filipina berdasarkan laporan TMO Group pada 2021.
Ketika Forrest Li mula-mula menjejakkan di Singapura lebih daripada 15 tahun yang lalu, beliau yang berusia 28 tahun masih memiliki hutang pinjaman untuk belajar yang mencecah $100,000, duit dalam bank pun kering dan hanya cukup-cukup untuk menyewa bilik di sebuah flat.
Kini, Forrest Li berjaya sebagai pengasas bilionair dan CEO syarikat gergasi teknologi Sea Group, yang memiliki platform e-dagang Shopee dan juga mengendalikan perniagaan dalam permainan dan kewangan digital.
Untuk bacaan bab-bab awal percuma, boleh muat turun di sini dulu:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source