Jatuh muflis, pengusaha kem PLKN dikecam selepas tuntut kerajaan bayar pampasan RM224 juta
Sebahagian pengusaha kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini dibebani hutang jutaan ringgit, malah ada diisytihar muflis kerana tidak mampu membayar pinjaman bank yang dibuat untuk projek membina, tambah baik dan naik taraf fasiliti.
Pengusaha kem PLKN dikecam
Foto: Berita Harian
Menerusi ruangan komen di Facebook, bagaimanapun tindakan segelintir pengusaha yang menuntut pihak kerajaan membayar pampasan sebanyak RM224 juta telah mendapat kecaman netizen kerana dianggap sebagai tuntutan yang tidak munasabah.
Foto: Berita Harian
Foto: Berita Harian
Rata-rata netizen menyifatkan bahawa tindakan pengusaha kem PLKN ini seolah-olah bagaikan mengambil jalan mudah setelah diisytihar muflis.
Artikel lain: ‘Goreng’ maksud peribahasa? Netizen harap finalis Hero Dewi Remaja 2023 dihantar ke PLKN
Nama pun bisnes, adat untung rugi
Malah, mereka berpendapat bahawa pengusaha langsung tidak tahu menahu mengenai nilai risiko berbanding nilai modal, namun masih meminta pihak kerajaan untuk membayar saki-baki hutang yang mereka tinggalkan.
Masa buat duit, diam. Bila dah rugi, baru nak tular?
Masa dapat duit, tak mahu cerita. Bila muflis, masuk berita
Bukan ke naik taraf semua ada dalam perjanjian? Macam mana boleh muflis?
Terdapat juga netizen yang turut mempersoalkan bagaimana pengusaha kem PLKN boleh muflis sedangkan semua proses naik taraf memerlukan kontrak dari pihak kerajaan.
Ini menimbulkan persoalan, kerana setiap kontrak yang ditandatangani kerajaan mempunyai pampasan dan akan dibayar secara berperingkat.
Oleh itu, netizen mendakwa segelintir pengusaha mungkin telah melanggar kontrak yang sepatutnya dan diisyitihar muflis kerana tindakan mereka sendiri selain tiada sangkut paut dari pihak kerajaan.
Terdahulu menerusi laporan Berita Harian, kerajaan digesa membayar pampasan kepada pengusaha 57 kem sedang menanggung beban hutang selepas program itu dimansuhkan pada 2018.
Foto: Harian Metro
Presiden Persatuan Kebajikan Bekas-bekas Pengusaha Kem PLKN, Mohd Rawi Mohd Arof berkata, tuntutan itu membabitkan bayaran sewaan selama 27 bulan bagi siri program yang sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh kontrak.
Difahamkan, 33 daripada 57 pengusaha mengambil tindakan undang-undang bagi tuntutan pampasan, manakala selebihnya tiada kemampuan berbuat demikian atas beberapa faktor.
Sumber: FB Berita Harian
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source