Mark Adam nasihat budak2 – “Apa korang nampak di media sosial sekarang jangan tiru”
Penyanyi dan pelakon, Mark Adam nasihat kepada golongan kanak-kanak agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya atau isu-isu yang tidak baik di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi yang berusia 45 tahun itu di laman Instagramnya, dia berharap golongan tersebut mengikuti jalan yang benar untuk memenuhi impian masing-masing.
Mark Adam nasihat
Artikel lain: Curiga dengan Youtuber mualaf, Farah Lee nasihat netizen hati-hati menderma
“Wahai budak-budak kecil di luar sana, apa yang korang nampak di media sosial sekarang ni jangan tiru ya. Banyak yang tak elok sekarang ni.
“Nanti kalau impian korang nak ada kawan ramai atau nak jadi orang yang terkenal buat saja dengan cara yang betul, ikhlas dan usaha janji korang tak buat dosa dan jangan buat benda yang buruk.” katanya.
Bukan itu sahaja, Mark Adam yang berasal dari Filipina berharap agar golongan tersebut membuat rujukan kepada ibu bapa sekiranya mengalami kekeliruan berhubung sesuatu isu di media sosial.
Mark Adam nasihat
“Kalau korang keliru dengan apa yang korang nampak kat media sosial sekarang ni tanya je ayah atau ibu okay? Asalamualaikum,” ujarnya lagi.
Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial mengenai kontroversi yang membabitkan beberapa orang artis tanah air sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen.
Sumber: Instagram @Mark Adam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source