Sentuh Sesuatu Tiba-tiba Direnjat Elektrik?
Anda pernah tak tersentuh rakan anda di sesuatu tempat dan tiba-tiba terasa seperti direnjat elektrik? Apa yang berlaku sebenarnya?
Perkenalkan kepada anda, elektrik statik!
Kenapa dan macam mana terjadinya elektrik statik ni?
Mula-mula kita kena kenal atom. Setiap atom ada cas yang berbeza seperti proton yang bercas positif dan neutron bercas neutral. Di sekeliling proton dan neutron pulak ada elektron yang bercas negatif.
Jumlah elektron dan proton dalam atom selalunya mesti sama dan menjadikan objek itu bercas neutral.
Tapi disebabkan elektron paling ringan, ia boleh bergerak keluar daripada atom dan jadikan bahan tersebut bercas positif kerana jumlah proton lebih banyak berbanding neutron. Sama juga kesnya kalau lebih elektron diterima atom tersebut, ia akan jadi bercas negatif.
Apabila ini berlaku, ia menyebabkan ketidakseimbangan cas pada atom tersebut. Dan perkara inilah yang sangat berkait dengan elektrik statik.
Elektrik statik berlaku apabila sesebuah objek dapat jumlah bersih cas elektrik positif atau negatif, menghasilkan ketidakseimbangan cas yang cenderung untuk dikembalikan keseimbangannya.
Biasanya cas ni terkumpul di permukaan objek sehingga terdapat jalan untuknya dinyahkan cas atau ‘discharge‘.
Satu objek akan bebaskan elektron dan jadi lebih bercas negatif manakala satu objek lagi akan kumpul elektron dan jadi lebih bercas negatif.
Perasan tak selalunya kita terkena elektrik statik ni di tempat-tempat yang beraircond seperti pasar raya? Sebenarnya ia memang berkait.
Situasi ni sering berlaku lebih-lebih lagi dalam keadaan kelembapan rendah, membuatkan fenomena ini senang berlaku kerana udara berada dalam keadaan kurang konduktif.
Juga di tempat yang mempunyai musim sejuk, mereka akan sering mengalami elektrik statik kerana cuaca sejuk menyebabkan kelembapan sekeliling menjadi rendah.
Elektrik statik ni memang kelakar bila kita bergurau dengan kawan-kawan main renjat-renjat elektrik gitu. Tapi elektrik statik ni juga sebenarnya mampu membawa kepada musibah.
Anda perasan tak di stesen minyak ada dinyatakan kita perlu sentuh kenderaan untuk nyahcas elektrik statik? Yep, tak salah lagi, elektrik statik sebenarnya mampu menghasilkan letupan.
Nyahcas elektrik statik bervoltan tinggi boleh menjadi sumber nyalaan bagi bahan mudah terbakar. Ia boleh diibaratkan seperti spark plug dalam kenderaan.
Oleh: Azizul Farhan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source