Founder nafi pukul adik Iqbal Zulkefli, kejar dapatkan ‘sign’ hak jagaan anak
Founder nafi pukul adik Iqbal Zulkefli selepas usahawan sensasi itu mendakwa adiknya, Ahmad Weldan Zulkefli diserang bekas isterinya, baru-baru ini.
Menyangkal tuduhan memukul Weldan, Anes Ayunie tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan yang dikeluarkan oleh bekas abang iparnya menerusi hantaran Instagram Story.
Founder nafi pukul adik Iqbal Zulkefli
Founder produk kosmetik berusia 22 tahun itu berkata, dia tidak berbuat demikian sebaliknya cuba mengejar lelaki itu bagi mendapatkan tandatangan ke atas surat hak jagaan anak tunggal mereka selain mempunyai bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Anes Ayunie dalam hantaran di Instagram Story berkata, dakwaan yang dibuat oleh bekas abang iparnya itu adalah tidak benar sekali dan dirinya juga mempunyai bukti.
“Lama saya diam. Kali ni saya cuba terangkan. Mungkin bukan satu per satu, cukup sekadar apa yang telah dilontarkan. Sekurangnya dua pihak bersuara.
“Versi cerita berbeza pada sudut pandang yang berbeza. Kejadian tersebut berlaku pada 29 April 2024,”dedahnya.
Cerita Anes Ayunie, dia hanya ajak bekas suami untuk berbincang mengenai anak, namun adik kepada Iqbal Zulkefli itu terus beredar dari tempat kejadian.
Surat hak jagaan anak itu dibuat kerana dia berasa bimbang akan keselamatan anak memandangkan hubungan dengan bekas suami tidak baik.
“Saya meminta bekas suami untuk menandatangani surat bahawa beliau akan pulangkan kembali anak kepada saya agar kami sebagai ibu bapa mendapat hak seadilnya.
“Dan perkara ini telah diberitahu terlebih dahulu sebelum insiden terjadi (rujuk tangkap layar WhatsApp) yang saya akan lampirkan,”jelasnya.
Artikel lain: Bekas adik ipar tuntut Iqbal Zulkefli bayar hutang, jangan sibuk rumah tangga orang
Bekas suami enggan tandatangan surat hak jagaan anak
Hasil tinjauan mendapati surat yang dimaksudkan oleh Ayunie merupakan hak penggiliran jagaan satu-satunya anak mereka selepas sah bercerai beberapa bulan lalu.
Menurutnya, surat itu dilakukan bagi memastikan keselamatan anaknya berada dalam selamat, namun bekas suami enggan berbuat demikian.
“Tuduhan seperti serangan – saya serta buktinya video di mana hanya saya dan akauntan saya yang bercakap dengan bekas suami.
“Dan kami cuba menerangkan situasi syarikat serta kenapa surat hak jagaan itu perlu dihitam putihkan.,”katanya lagi.
Buat laporan polis juga
Malah, dia turut membuat laporan polis terhadap bekas suaminya di Balai Polis Semenyeh, Selangor pada Rabu.
Sumber: Instagram Anes Ayuni
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source