Lady Jane Gray, Ratu England Yang Hanya Memerintah 9 Hari
The Nine Days Queen, gelaran ni hanya satu-satunya ada pada Lady Jane Gray menjadikan Lady Jane Gray sebagai ratu yang paling singkat tempoh pemerintahannya dalam sejarah England.
Kenapa kejap sangat? Mangkat sebab gering ke?
Tak, lagi teruk dari tu. Malangnya Lady Jane jadi mangsa kepada perebutan kuasa sewaktu zaman pemerintahan Tudor.
Setelah kemangkatan Raja Henry VIII pada tahun 1547, Lady Jane jadi pilihan utama golongan Protestan Eropah untuk jadi pasangan Raja Edward VI.
Mereka berharap pengaruh mereka meluas di England dan dapat halang Mary I, adik beradik tiri Edward yang berpegang pada ajaran Katolik.
Namun, kesihatan Raja Edward VI semakin merosot dan John Dudley, Duke of Northumberland sarankan agar Jane kahwin dengan anaknya, Lord Guildford Dudley.
Setuju dengan saranan tersebut, Raja Edward VI pun serahkan takhta kepada Jane yang kemudian menjadi Ratu bersama Lord Guildford Dudley. Awalnya Jane taknak tapi akhirnya terima juga lepas didesak oleh suaminya.
Pada 10 Julai 1553, Jane ditabalkan sebagai Ratu yang mendukung golongan Protestan di England. Namun, hanya selepas 9 hari kemudian, pada 19 Julai 1553, Jane digulingkan dari takhta.
Sebenarnya kejadian tersebut berlaku disebabkan rancangan licik John Dudley yang menipu orang awam dan bangsawan.
Posisi Jane sebagai Ratu semakin goyah dan Ratu Mary I klaim dirinya sebagai Ratu England baru.
Lady Jane selalu diabaikan dan dibandingkan dengan Raja Edward VI dan adik tirinya, Ratu Mary I kerana dianggap sebagai boneka yang lemah.
Setelah digulingkan, Jane ditahan di Tower Green di Queen’s House and Guildford. Northumberland, dalang di balik kejadian tersebut dihukum mati.
Meskipun ditahan, Jane cuba dapatkan pengampunan dari Ratu Mary I, tapi harapan tersebut musnah setelah ayahnya, Henry Grey ditangkap kerana pemberontakan pada tahun 1554 dan dihukum mati.
Suami Jane juga dihukum mati di depan Jane. Dan Jane sendiri dihukum mati pada 12 Februari 1554 dan dikubur di Chapel Royal of St Peter ad Vincula di Menara London.
Oleh: Azizul Farhan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source