Pekan Papan, Pekan Berhantu Mirip Fallout di Malaysia?
Baru-baru ni siri permainan video popular Fallout dah dijadikan siri televisyen! Untuk yang tak tahu Fallout ni pasal apa, senang kata Fallout ni ialah dunia yang dah dihancurkan oleh bom nuklear.
Tapi korang tahu tak ada sebuah pekan di Malaysia ni yang sangat mirip dengan latar tempat dalam Fallout?
Banyak sebenarnya “Pekan Berhantu” dalam Malaysia ni. Tapi harini saya tertarik nak bercerita tentang Pekan Papan.
Siapa yang pernah lalu Papan ni mesti tau macam mana keadaannya sekarang. Rumah kedai kebanyakannya kosong sampai naik belukar.
Tapi dulu, Pekan Papan ni merupakan pekan yang melalui banyak peristiwa-peristiwa bersejarah dalam Malaysia. Dari perang ke kongsi gelap hingga ke radiasi radioaktif.
Pekan Papan dikatakan bermula sekitar 1700-an. Bukit Kledang di belakang Pekan Papan ni terkenal sebagai sumber yang membekalkan kayu Cengal berkualiti sehingga menarik orang-orang Melayu dan Cina menetap di Papan untuk membangunkan industi kayu.
Lombong-lombong bijih timah juga dibuka disana. Namun setelah pembunuhan J.W.W Birch, pemilik kepada lombong di Papan iaitu Raja Ismail dibuang daerah. Lombong-lombong ini diserahkan oleh British kepada Raja Asal yang merupakan orang Mandailing berasal dari Sumatera.
Dalam masa yang singkat, populasi Papan meningkat naik disebabkan penghasilan bijih timah di Larut yang semakin berkurangan.
Pekan Papan memang dah lengkap dengan macam-macam fasiliti seperti sekolah, pejabat pos, pasar, jalan keretapi, balai polis, penjara, panggung Cina serta gelanggang tenis pun ada!
Bancian yang dibuat British pada 1891 mendapati Pekan Papan ni ialah pekan ke-5 paling padat di Perak dipenuhi dengan orang Melayu, Mandailing, Cina, India Eropah, Jawa dan banyak lagi.
Walaupun begitu, Pekan Papan mulai berjangkit dengan pergaduhan kongsi gelap cina berpunca dari Perang Larut. Banyak kali juga bangunan-bangunan di Papan yang dibuat daripada papan terbakar.
Perlombongan di Papan lama kelamaan merundum sehinggalah 1930-an. Kebanyakan lombong-lombong ini berubah menjadi tasik besar.
Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, Papan menjadi tempat perlindungan ketika Ipoh dibom oleh Jepun. Malah orang-orang Cina di Papan menyertai MPAJA untuk menentang Jepun. Antara tokoh terkenal yang melawan Jepun di Papan ialah Sybil Kathigasu.
Pada 1979, penduduk Papan antara yang menjadi mangsa kes pencemaran radioaktif yang berpunca dari ketidakbertanggungjawaban dalam pengurusan sisa radioaktif oleh Asian Rare Earth Sdn. Bhd (ARE).
Kerajaan Perak memilih Papan sebagai tempat alternatif untuk pembinaan sisa radioaktif jangka panjang. Protes anti-nuklear berlaku pertama kali dalam sejarah Malaysia.
Tekanan dalam dan luar negara menyebabkan ARE menghentikan operasinya di Bukit Merah. Sebuah pusat penyimpanan jangka panjang sisa radioaktif ini dibina di Banjaran Kledang.
Lebih RM300 juta dibelanjakan untuk mengalihkan 85,000 tong bahan radioaktif ke sana. Kini, kawasan ini dipantau dan dikawal dengan lebih teliti sekurang-kurangnya sehingga 300 tahun lagi.
Selepas tamat isu radioaktif tersebut, Pekan Papan terus sunyi tanpa khabar berita dan menjadi pekan berhantu sehingga hari ini mirip bandar-bandar yang dibom dalam Fallout.
Oleh: Azizul Farhan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source