Undur Diri Dari Dunia Modelling, Bella Hadid Mahu Fokus Kesihatan dan Kebahagiaan Diri Sendiri
Semalam, viral di media sosial tentang sikap penyewa rumah yang pengotor dan terlihat foto bilik yang berselerak serta sangat menjijikan. Apa yang lebih menyedihkan adalah rata-rata si pelaku merupakan seorang perempuan.
Kejadian yang berlaku di Jakarta ini dikongsi oleh pemilik twitter @ksiezyc26 yang memberitahu bilik tersebut sangat kotor, malah di segenap ruang dipenuhi timbunan sampah seperti bekas makanan, plastik dan botol yang bertaburan.
Dijelaskan lagi dalam threadnya itu, wanita tersebut katanya mengalami masalah jiwa atau lebih dikenali dengan penyakit Hoarding Disorder.
Menurut Mental Health Advocate, Aiman Amri mengatakan ia adalah antara keadaan mental yang agak berbahaya dan sukar dibuang. Penghidap biasanya akan mengalami kesukaran untuk membuang, menjual atau melepaskan apa-apa barang kepunyaannya, walaupun barangan tersebut sudah hilang nilai kegunaannya.
Mungkin ada yang menganggap sikap ini sebagai sentimental value, namun itu hanya sebagai permulaan. Keadaan yang semakin teruk apabila ia sudah dikategorikan sebagai disorder.
Apa yang lebih menyukarkan lagi rawatan adalah penghidapnya tidak melihat penyakit ini sebagai satu masalah, malah menganggapnya sebagai satu perkara normal.
Bagi penghidap Hoarding Disorder ini, individu tersebut berdepan dengan kesukaran di tiga peringkat awal seperti berikut:
Pertama: Perhubungan melampau (obsessive attachment) terhadap objek yang sudah tiada guna dan tak nampak keperluan untuk dilepaskan
Kedua: Tempat penginapan mereka akan menjadi semakin padat dengan barang-barang yang dikumpul dan disimpan (walaupun tiada guna). Malah, makanan juga boleh dikumpul di dalam peti sejuk sehingga berkulat
Ketiga: Lebih teruk lagi apabila si penghidap mula mengumpul sesuatu yang bukan milik peribadi, contohya seperti tisu daripada restoran, bekas makanan atau surat-surat lama yang tidak terpakai. Dan akhirnya, mulalah menyimpan sampah-sampah
Walau bagaimanapun, punca terjadinya disorder ini masih belum diketahui dan misteri. Ada kemungkinan berpunca daripada stres, genetik, keadaan kimia otak dan pelbagai lagi.
Rawatan
Rawatan untuk masalah ini hanya boleh dijalankan oleh pakar, iaitu psikiatri atau psikologis/terapis yang bertauliah. Antara cadangan untuk mengawal diri daripada keadaan ini menjadi semakin melarat adalah membuat pengemasan secara menyeluruh atau total cleaning.
Kemas rumah korang, buang barang-barang yang tidak diperlukan!
Tipnya mudah sahaja, sekiranya barang tersebut tidak disentuh atau digunakan selama 3 hingga 6 bulan, secara psikologinya memang dah tak diperlukan, walau semahal mana pun harganya.
Barangan tersebut tidak semestinya perlu dibuang. Sebaliknya, korang boleh jadikan sebagai hadiah atau dijual. Contohnya, sekiranya korang ada perabot, pakaian atau barangan yang masih elok, boleh dibawa ke free market atau buat car boot sale.
Walaupun sukar untuk dibuang, namun percayalah selepas korang melakukan tindakan ini, korang akan berasa lega. Jika masih mahu menyimpan beberapa barangan yang dianggap sentimental, ia haruslah tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah yang hendak dibuang.
Nah, jika korang ada rakan-rakan atau keluarga yang berhadapan dengan masalah seperti ini, bantulah menasihati mereka dengan info-info yang telah dikongsi ini.
Sumber: Twitter & Astro Awani
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source