Ruhainies nak tutup buku, dah tak berhubung dengan Aliff Aziz
“Buat apa nak keruhkan lagi. Saya nak tutup buku.”demikian kata Ruhainies.
Pelakon sensasi, Ruhainies nak tutup buku selain mendedahkan dirinya tidak lagi berhubung dengan selebriti Aliff Aziz sejak kontroversi skandal hubungan mereka bertambah parah.
Ruhainies nak tutup buku
Tegas pemilik nama Nur Ruhaines Farehah Zainul Ilyas, dia sudah tidak lagi berhubung dengan aktor tersebut dan enggan memanjangkan lagi isu tersebut.
Ruhainies berkata, dirinya hanya mahu memberi fokus kepada kerjaya seninya sekarang.
“Tiada lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak keruhkan lagi. Saya nak tutup buku,”katanya.
Artikel lain: Bella Astillah enggan ulas isu podcast suami – “Cuba interview Ruhainies pula”
Dah minta maaf, minta semua ‘move on’
Tambah pelakon berusia 31 tahun, dia sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka dan semua pihak boleh bergerak ke hadapan tanpa memikirkan kes yang berlaku itu.
Ruhainies bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut kerana bimbang isu tersebut tidak akan berkesudahan.
“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi.
“Jadi fokus saya sekarang adalah karier. Apa yang saya boleh katakan, saya tak mahu memanjangkan isu ini,
“Saya tak mahu isu ini jadi lebih panjang. Bila ada kenyataan baharu, takut tiada penghujung,” katanya.
Dalam pada itu, dia turut memaklumkan dia ada menghubungi isteri Aliff iaitu Bella Astillah yang juga selebriti susulan permohonan maafnya tidak diendahkan.
Akan tetapi, dia yakin bahawa Bella sudah tahu dan maklum dengan permohonan maaf dibuat secara terbuka, baru-baru ini.
Ruhainies komplot dengan Aliff?
Dia juga enggan memilih untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut mengenai dakwaan komplot Aliff untuk menjatuhkan Bella Astillah.
“Itu adalah pendapat siapa? Bukan saya. Saya tak boleh nak cakap lebih. Kalau saya menidakkan, orang cakap memang saya buat.
“Benda itu di luar kawalan saya. Saya tak mahu tegakkan apa-apa lagi,” ujarnya lagi.
Nama Ruhainies dan Aliff Aziz menjadi bualan panas apabila mereka berdua ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.
Susulan daripada kejadian itu, Bella memafailkan cerai terhadap Aliff secara ekspre di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu. Namun, aktor itu enggan melafazkan cerai kerana masih sayang akan isteri dan anak-anak.
Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Sumber: Instagram @officialhlive
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source