Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Yang Kita Nantikan
Setiap tahun, tanpa gagal, kelibat figura inilah yang sentiasa kita nantikan, apabila menjelangnya Ramadan dan Syawal. Kita juga tertunggu-tunggu apakah warna baju yang dipakainya malah ada yang akan meneka penampilannya pada setiap tahun.
Beliau yang dimaksudkan ialah Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, iaitu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 10 Januari 2011 lagi. Ini bermakna, tahun 2024 adalah tahun ke-13 beliau memegang jawatan ini.
Tan Sri Syed Danial ini lahir di Georgetown, Pulau Pinang pada 30 November 1944. Beliau adalah bekas pelajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Setelah itu, beliau menyambung pula pengajiannya di Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat.
Perkhidmatan pertamanya adalah sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik di pelbagai agensi dan jabatan kerajaan iaitu selama 32 tahun. Selepas persaraan pada tahun 2002, beliau telah dilantik sebagai Datuk Paduka Maharaja Lela di Istana Negara sehingga tahun 2004. Tan Sri Syed Danial kemudiannya dilantik menjadi Datuk Pengelola Bijaya Diraja pada tahun 2004 hingga 2006. Beliau selepas itu telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Ahli Majlis Angkatan Tentera di bawah peruntukan Perkara 137, Perlembagaan Persekutuan.
Beliau telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada Januari 2011. Dan, Tan Sri Syed Danial ini adalah penyandang ke-16 bagi jawatan ini, selepas Tan Sri Dato’ Engku Ibrahim Engku Ngah. Sebagai maklumat tambahan Mohor besar ini melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis Raja-Raja. Ia melambangkan kuasa yang dikeluarkan daripada sebuah badan teragung di negara ini. Tugas beliau secara kebiasaannya adalah membuat pengumuman tarikh permulaan puasa, hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia pada setiap tahun dengan titah perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Tanggungjawab yang dipikul pada setiap tahun ini amatlah besar dan beliau adalah individu yang banyak memberi sinar kegembiraan buat seluruh rakyat Malaysia setiap kali melakukan pengumuman melalu kaca televisyen. Semoga Allah terus merahmati dan memberi kesihatan yang baik buat Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Semoga kita bertemu lagi pada Ramadan dan Syawal tahun hadapan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source