Wanita buat bariatrik ikhtiar zuriat, suami pula cari kekasih gelap
Tular kisah seorang wanita buat bariatrik demi kesihatannya namun suami pula curang mencari wanita lain yang lebih gemuk.
Menerusi satu perkongsian di TikTok @syidahtat telah memuat naik beberapa foto menceritakan perjalanan hidupnya selepas mengambil keputusan untuk membuat pembedahan itu.
Wanita buat bariatrik ikhtiar zuriat
@syidahtat Replying to @MizzJujun Alhamdulillah selesai. Officially resign as a wife to someone who not appriciate me 🫶🏻 semoga Allah kurniakan rezeki & kebahagiaan lain. Aaminnnn.
Menurut wanita itu, dia memilih untuk membuat pembedahan bariatrik demi kesihatan diri dan juga kerana mahu memberikan zuriat buat suaminya.
Menurut wanita itu, hampir setahun dia memujuk suaminya untuk memberi kebenaran agar dia boleh meneruskan hasrat untuk menjalankan pembedahan tersebut.
Demi kesihatan, wanita buat bariatrik
“Masa ni saya nekad buat bariatrik sebab memang nak sangat anak dan saya ada masalah kesihatan yang lain.
“Setahun saya pujuk suami saya, dia selalu cakap ‘kalau awak kurus, saya cari perempuan gemuk lain’. Ingatkan dia gurau je,” katanya.
Artikel lain: Teman lelaki bersilih ganti, gadis kantoi ‘rembat’ foto jejaka kononnya kekasih?
Namun begitu, wanita tersebut nekad untuk meneruskan hasratnya kerana mahu menjaga kesihatan dan juga mahu memberikan anak buat suaminya.
“Demi kesihatan dan demi suami saya nekad untuk buat jugak walaupun saya ni penakut jarum segala. Saya nekad sebab nak bagi zuriat dekat suami.
“Tu niat utama, tapi tak sangka kena sondol dengan perempuan lain. Perempuan tu ada mesej di Facebook, beraninya,” ujarnya.
Dalam pada itu, wanita tersebut berkata sebelum menjalankan pembedahan bariatrik, dia mempunyai berat lebih daripada 150kg disamping turut disahkan menghidap Obstructive sleep apnea (OSA) dan Polycystic ovary syndrome (PCOS).
Mahu beri anak kepada suami, wanita buat bariatrik
“Saya kena diagnose ada OSA dan PCOS. Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar. Masa ni memang suami jaga kau dengan baik, syukur untuk itu,” kongsinya.
Beberapa bulan selepas pembedahan tersebut, wanita itu dihubungi kekasih gelap suaminya dan pada ketika itu dia mengetahui pasangan hidupnya itu telah curang.
“Perempuan tu mesej saya dekat Facebook dan cakap nak nikah dengan suami saya selepas raya tahun ini. Semua benda saya boleh bincang lagi kecuali curang.
“Berani dia mesej saya. Dah tahu laki orang pun tetap nak jadi isteri nombor 2. Jadi, tak payah, ambul je! Dorang selalu dating sampai malam dan bekas suami saya tipu dia buat part time malam-malam,” luahnya.
Sementara itu, apabila wanita itu meminta suaminya untuk memilih antara dirinya dan kekasih gelap, lelaki itu hanya berkata dia menyayangi teman wanitanya.
“Suami saya dah kantoi curang dan saya suruh pilih saya atau perempuan itu. Dia cakap dia sayang perempuan tu dan aku pun mengalah,” katanya.
Namun begitu, suami kepada wanita itu berkeras untuk tidak melepaskannya sehingga dia terpaksa membawa kes perceraian mereka ke mahkamah.
Apa yang lebih memilukan, wanita itu mendapati dia sedang hamil anak pertamanya mereka ketika dalam proses perceraian namun kandungan itu telah gugur.
“Tiba-tiba tahun mengandung, luluh jantung. Saya dalam proses bercerai dengan bapa dia. Tapi Alhamdulillah, Allah maha baik, kandungan tak menjadi.
“Mungkin Allah nak bagitahu saya boleh mengandung tapi bukan masanya sekarang,” ujarnya.
Menerusi tinjauan, selepas bertarung untuk perpisahan mereka, akhirnya wanita dan suaminya sah bercerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan baru-baru ini.
Sumber: TikTok @syidahtat
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source